disabled

Friday, March 18, 2016

Apa yang perlu dilakukan selepas lakukan 'hard pruning'?

Pada post sebelum ni, sini saya ada menulis mengenai teknik mencantas. Hari ini saya nak cerita tips selepas mencantas pula. Selepas cantas, apa perlu buat?

1) Cantas pada waktu pagi hari yang panas. Kemudian pada pada waktu petang hari yang sama semburkan pesticide+fungicide untuk menghapuskan perosak dan juga kulat. Fungicide perlu bagi mengurangkan risiko terjadinya kanker pada bahagian keratan. Tidak perlu baja pokok pada masa ini.

2) Ulangi semburan pesticide+fungicide pada hari ke-2 dan ke-3 beturut-turut selepas mencantas untuk menghapuskan 99% perosak.

3) Mula semburkan baja dalam bentuk cecair seperti foliar untuk membantu pertumbuhan pucuk dan seaweed/kelp untuk meningkatkan immuniti pokok bermula pada hari ke-4 dan anggaran 1-2 kali seminggu.

4) Jarakkan semburan pesticide+fungicide kepada 4 hari sekali.

5) Mula bajakan pokok pada medium dengan baja yang tinggi kandungan N seperti baja ikan, baja soya dan tinja ayam pada minggu pertama dan pada minggu seterusnya pembajaan pada kadar NPK biasa (2:2:1 atau 1:2:1).

6) Penjagaan pokok seperti biasa selepas 2 minggu dengan menyembur pesticide+fungicide 4-5 hari sekali dan pembajaan mingguan.

Contoh progress pokok ros di laman saya selepas dicantas.

 Hard pruning pada 26/1/16

 Pada 4/2/16

 Pada 10/2/16

 Pada 10/2/16

 Pada 28/2/16

Pada 11/3/16

Terbaru.. alhamdulillah 



Selamat mencuba ;)



Thursday, March 10, 2016

Bunga-bunga di laman Norin

Lama rasanya tak share bunga-bunga yang kembang di laman. Kebanyakan pokok ros dah berusia lebih 2 tahun, ada juga koleksi yang baru, ada juga selain pokok ros yang wangi kat laman ni seperti muraya dan jasmine. Sebulan lalu saya cantaskan sebahagian pokok ros, hari ini kebayakannya dah berbunga kembali, alhamdulilah. jom cuci mata jap

Abraham darby rose

muraya

Sister elizabeth rose

Double delight rose

Pope john paul II/Double delight rose

Juliet rose
Leander rose

Fragrant plum rose

Huntington rose

Graham thomas rose

St ethelburga rose


James galway rose



Penelope rose

Lucky rose

Juliet rose



Our lady of guadalupe rose





Young lycidas rose




Johann wolfgang rose

Abraham darby rose



Kate rose

Sunday, February 28, 2016

Teknik 'mulch' dan kelebihannya

Apa itu teknik mulch?

Mulch adalah pelbagai jenis material yang ditaburkan hingga menutupi keseluruhan permukaan tanah.

Contoh material yang digunakan untuk mulch:

1) Kayu racik
2) Kompos
3) Rumput yang dipotong
4) Surat khabar
5) Daun-daun yang gugur

Kelebihan teknik mulching

1) Membantu tanah mengekalkan kelembapan ketika cuaca panas terik
2) Menghalang rumpai tidak diingini tumbuh disekeliling tanah
3) Membantu meningkatkan tekstur tanah
4) Menghalang sesetengah perosak dari membiak
5) Melindungi akar pokok dari cuaca panas melampau
6) Membantu mikroorganisma baik dalam tanah
7) Tanaman nampak lebih menarik (tanpa rumpai)

Bila masa yang sesuai untuk teknik mulch?

Lakukan teknik mulch pada musim panas.

Contoh teknik mulching di laman saya.


Kumpulkan daun-daun kering dah taburkan pada permukaan tanah pada pokok ros. Selepas memotong rumput dilaman, keringkan rumput yang dipotong kemudian taburkan pada permukaan tanah. Untuk cuaca di tempat kita tak perlu terlalu tebal kerana bagi mengelakkan perosak yang seperti kumbang atau cacing perosak mendiami tanah. Hidupan dicipta Allah saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimana pokok di hutan hidup subur tanpa perlu dibaja diracun, semuanya berlaku secara natural. Organik ternyata lebih baik.

Selamat mencuba! :)

Thursday, February 4, 2016

Mencantas pokok ros, mengapa dan bagaimana?

Mencantas pokok ros merupakan rutin asas yang perlu tahu oleh setiap rosarian. Untuk menjadi mahir dalam mencantas pokok bunga ros semestinya melalui pengalaman sendiri. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa agak sukar untuk ros mati hanya kerana mencantas. Jadi jangan takut cantas pokok ros.

Mengapa perlu cantas?

1) Untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru
2) Untuk membuang dahan tua/rosak
3) Untuk memperbaiki aliran udara pada pokok
4) Untuk membentuk pokok

Asas teknik mencantas pokok ros

1) Guna peralatan menggunting yang tajam.
2) Perhatikan pada keseluruhan pokok sebelum mencantas. Mulakan dengan memotong pada bahagian bawah.
3) Potong dalam anggaran pokok dapat ditembusi cahaya dan pengudaraan.
4) Potong secara menyerong (45 darjah) dalam anggaran 1/4 inci dari tempat keluar tunas.


5) Pastikan potongan sempurna
6) Buang semua dahan yang rosak, berwarna hitam, berkulat atau kering. dahan yang kecil (lebih kecil dari saiz pensil) dan juga sucker
7) Buangkan juga daun-daun yang rosak, kalau cantasan setahun sekali buangkan semua daun yang ada.
8) Tahap cantasan bergantung pada jenis pokok ros seperti miniature, floribunda tidak perlukan cantasan terlalu pendek, cantas 1/3 pokok atau sekadar membentukkan kembali pokok. Jenis hybrid tea, moden shrub pula perlukan cantasan sekurang-kurangnya separuh dari tinggi pokok. Untuk climber cukup sekadar buangkan dahan-dahan rosak.

Bila perlu cantas?

1) Bila pokok mula berterusan mengeluarkan bunga dan dahan yang tidak sempurna
2) Sekurang-kurangnya setahun sekali
3) Bila pokok tidak cantik bentuknya.
4) Masa yang sesuai, pilih untuk mencantas pokok semasa musim panas di waktu pagi bagi mengelakkan kanker pada batang.

Ini contoh cantasan yang saya lakukan pada 13/8/2014.


Selepas lebih kurang sebulan, pada 12/9/2014


Kemudian baru-baru ni, sebelum dan selepas



Yang ni lepas seminggu, dengan sabar menanti jeng jeng jeng.. nanti saya update progress ya :)


Selepas mencantas, harus ada penjagaan yang rapi, boleh baca di sini