Thrips yang belum matang berwarna jernih biasa ada pada bawah daun, pucuk-pucuk baru dan juga kudup yang belum kembang.
Thrips yang matang biasanya berwarna hitam, saya sering jumpanya di dalam kelopak ros yang dah kembang bahagian tengah-tengah. Cuba lah belek ros anda
Apa yang thrips buat pada ros kita? Haa kalau tengok ros kita jadi macam ini, itu tanda-tanda sudah ada serangan thrips lah tu.
Geram kan? Saya suka cuba-cuba pada pokok sendiri dan jumpa cara yang boleh diguna pakai selepas ni. Ini yang saya buat:
1) Thrips aktif pada cuaca panas, juga pada pokok yang tanahnya kurang air, jadi kena pastikan medium tidak terlalu kering. Saya siram 2 kali sehari, kalau hujan sekali sahaja, semak tanah jangan sampai terlalu kering berdebu. Medium juga harus jenis yang bukan takung air. (untuk medium boleh rujuk pada post saya yang sebelum ini)
2) Thrips dan serangga perosak yang lain juga immune pada 1 jenis pesticide pada jangka waktu yang lama, jadi saya tukar-tukar pesticide/fungicide setiap 21 hari, saya sembur setiap 4 hari.
3) Lakukan semburan air secara kuat (water blast) setiap pagi, sehingga serangan nampak berkurangan (biasanya 1 minggu), selepas itu jarakkan dalam 3 hari sekali. Jangan risau pokok ros tidak rosak.
Ini cara yang saya lakukan untuk mengawal kehadiran thrips dan juga serangga lain. Alhamdulillah berkesan pada ros saya . Selamat mencuba! Jom cuci mata pokok ros yang sihat tanpa gangguan thrips.
Tengok bunga2 ros norin akak geram... tq norin bg maklumat n pengalaman norin ni. :-D usaha yg murni.
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih
DeleteIlmu berguna
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih
Deletewaktu yg sesuai utk spray racun bila ye? kalau spray lps maghrib @ malam sesuai tak?
ReplyDeletewaktu redup, awal pagi, atau ptg nak ke malam, lepas maghrib boleh
DeleteTq
Deletesalam.. saya baru beli ros dan ros saya yang belum berbunga pun jadi mcm tuh.... nk pakai racun jenis apa ya? boleh x rekemen kan.. kesian tgk ros sy...
ReplyDeleteSalam, bunga ros says dah mula berkedut dan layu daunnya. Tolong beritahu apa ubatnya?
ReplyDeleteTerima kasih
Tk. Norin atas info yg di beri amat memberi munafaat pd saya
ReplyDeleteYa Allah, seronoknya tengok pokok ni sihat dan segar, daun hijau dan banyak, bunganya besar mcm rose cameron highland...hama trip dan hama lain2 memang liat nak hilang, saya pernah guna malathion, tapi jiran marah sebab tak tahan baunya. Pernah pakai air bawang putih tp tak berhasil juga, penah pakai baking soda, tak jadi juga..mungkin kena betul2 fokus istqomah spray setiap dua hari kot. Saya juga siap beli kipas untuk anginkan pokok rose saya sebab terdengar dari honeybee cakap rose ni suka berangin.. tapi rose saya tetap kurusss...sobs sobs
ReplyDeletecuba guna racun 3s dari honeybee. ros ni perlu cukup semua medium betul, baja air cahaya racun insyaAllah menjadi
Delete