disabled

Sunday, November 16, 2014

Asas penjagaan pokok bunga ros

Sebelum memilih pokok bunga ros sebagai pilihan tanaman di laman, seharusnya hendaklah mengetahui serba sedikit asas penjagaan pokok bunga ros. Penjagaan pokok bunga ros tidaklah rumit sekiranya kita tahu asas penjagaannya. Di sini saya kongsikan asas penjagaan pokok bunga ros yang saya ketahui:

1) MEDIUM
Pokok bunga ros amat sesuai di tanam pada medium yang tidak menakung air, medium ros haruslah mengandungi campuran sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Kebiasannya selepas membeli pokok ros dari nurseri, saya akan terus tukar kepada pasu yang lebih besar. Buat campuran tanah, tambahkan sedikit baja organik seperti tinja ayam dan udang, kemudian gaulkan dan tanam pokok ros seperti biasa.

2) AIR
Air yang cukup adalah perlu untuk pastikan pokok ros hidup subur. Siram pada waktu pagi dan juga petang. Sekiranya siraman dilakukan selepas 5 petang, seeloknya elakkan siraman terkena pada daun, untuk mengelakkan terjadinya penyakit blackspot. Sekiranya hujan, sekali siraman sudah memadai, semak keadaan tanah, sekiranya masih basah tak perlu disiram lagi.

3) CAHAYA DAN PENGUDARAAN
Pokok bunga ros memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan kepada cahaya matahari untuk pokok terus berbunga. Pastikan juga pokok ros diletakkan pada tempat yang bukan sahaja kena cahaya matahari, malah pengudaraan yang baik. Pokok ros yang kurang mendapat pendedahan cahaya matahari dan pengudaraan lebih terdedah kepada penyakit. Bagi pokok ros yang dibeli dari kawasan tanah tinggi, proses penyesuaian perlu dilakukan supaya pokok tidak 'terkejut' dengan persekitaran baru. Letakkan pokok pada tempat yang teduh tetapi mendapat sedikit cahaya matahari selama seminggu, kemudian selepas itu barulah diletakkan pada tempat yang mendapat cahaya matahari penuh.

4) BAJA
Terdapat pelbagai jenis pilihan baja untuk ros. Pokok ros sesuai dibajakan dengan baja organik seperti tinja ayam, tinja kambing, baja soya, baja udang, baja ikan, bone meal juga boleh digunakan baja kimia, tetapi penggunaan baja kimia haruslah diselang selikan dengan baja organik, kerana baja kimia bertindak cepat dan kebiasannya tidak menyimpan nutrein di dalam tanah. baja kimia juga harus digunakan mengikut sukatan seperti yang ditetapkan, terlebih baja kimia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pokok ros malah boleh menyebabkan pokok ros mati. Bajakan pokok ros dalam sela masa seminggu atau dua minggu sekali. bajakan juga pokok ros dengan baja jenis cecair seperti foliar dan sebagainya yang dibancuh lalu disembur pada daun dan batang pokok untuk kesan pertumbuhan yang lebih cepat. Untuk jangka masa tertentu, tambahkan epsom salt pada tanah untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru (basal break).

5) KAWALAN PEROSAK
Kawalan perosak harus dilakukan secara berkala bagi megelakkan pokok ros diserang penyakit. Semburkan racun serangga sama ada jenis organik atau kimia sekurang-kurangnya seminggu sekali pada seluruh pokok. Mencegah pokok yang belum sakit lebih mudah dari merawat pokok yang sudah sakit. Langkah keselamatan harus diambil kira sebelum menyembur racun.

6) CANTASAN
Apabila bunga ros sudah mulai kering atau lerai, cantasan perlu dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan bunga yang baru. Cantas secara serong pada bahagian atas dahan yang mempunyai 5 helaian daun mengikut aras yang kita mahukan.

Ros di laman saya






31 comments:

  1. Tq norin. Perkongsian yg amat bermunafaat. Semoga Allah limpahkan kebaikan kpd norin dan keluarga. In shaa Allah

    ReplyDelete
  2. Daun roos sya keriting dan kecik2 tk kembanf kenapa sis?

    ReplyDelete
  3. info yg sngat bguna tuk org mcm saya yg bru nak blajar tnam bunga rose..tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak norin..Cantik bunga ros di taman akk..saya nak Tanya Boleh ke bunga ros kena direct pada hujan lebat? Saya cadang nk buat tmpt lindung utk pokok ros saya (yg guna jaring hitam tu,x tau Nama pe😅).. n nak Tanya akk Tggl di tanah tggi ke? Sbb bunga ros Akak sangat2 segar n besar kelopaknye..macam bunga ros di cameron highland..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. t.kasih.. boleh, akak suggest kalau nk guna pelindung hujan lebat guna yg bumbung transparent, yg jaring hitam kurang sesuai sbb ros nk cahaya yg banyak. tinggal kat tanah rendah je kt seremban. kalau betul penjagaannya boleh berbunga cantik mcm kt tempat sejuk. boleh baca semua post akak byk tips akak share termasuk bahan kawalan perosak

      Delete
  5. Alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian ini sis. saya baru berjinak2 nak tanam ros. bulan lepas beli 4 warna. 1 dah mati. huhu...sedih betul. hari ni beli lagi. kali ni nak cari info betul2. suka tgk ros...jadi dh suka tu kenalah belajar jaga.

    ReplyDelete
  6. salam sis..saya nk tnya,saya tggal d rumah kampung,pokok ros saya selalu d curi bila letak kat luar..akhirnya saya buat sangkar berbumbung..dan boleh d mangga..saya ada 20 pokok ros..skg ni pokok saya lambat berbunga dan bunga yg terhasil kurang berkualiti..adakah d sebabkan sangkar tersebut?

    ReplyDelete
  7. Wah cantik2 bunga rose dan info juga menarik...

    ReplyDelete
  8. salam sis , anak pokok bunga saya nampak macam nak mati , batangnya dah ada yang jadi warna hitam , tapi ada sedikitnya masih hijau . boleh selamat ke pokok bunga rose sya tu sis? ape nak buat ye sis?

    ReplyDelete
  9. apa jenis racun sesuai untuk pokok bunga ros ni dan brapa kali sebulan perlu diracun? Apa jenis racun kulat yg sesuai? Tq.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    Saya baru terjumpa blog sis. Terima kasih berkongsi maklumat yang sangat jelas.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Saya baru terjumpa blog sis. Terima kasih berkongsi maklumat yang sangat jelas.

    ReplyDelete
  12. SALAM .... cantik bunga ros...saya tanam bunga ros ...tak tahu la habis kena pynkit dan btgnya kering dan strusnya mati...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    To all rose lover here..saya nak kongsi sikit..since puan norin ada letak bone meal kan, saya tak dapat nak cari bone meal, saya letak tulang ayam dalam tanah roses saya..daannnn hasilnya, memanglah macam dalam gambar Pn. Norin ini, tak sampai 5 hari dah nampak new shoot & new bud keluar..provided cuaca panas dan cukup air.

    Kawalan hama pula..saya blend bawang putih dan campur dengan air satu baldi dan siram waktu pokok tengah kering, saya lakukan seminggu sekali..memang boleh nampak juga perubahannya..selamat mencuba..

    p/s: teknik kawalan hama ini perlu ditukar dari masa ke semasa. Spray tanah dengan ridset atau penghapus serangga sekiranya terdapat semut selepas tanam tulang nanti ya..

    ReplyDelete
  14. ASSALAMUALAIKUM..tumpang tny,knp ye pokok sy,daun ny makin lama makin kurang

    ReplyDelete
  15. ASSALAMUALAIKUM..tumpang tny,knp ye pokok sy,daun ny makin lama makin kurang

    ReplyDelete
  16. Macam bunga ros customer saya...
    memang cantik kalau kena cara penjagaan

    ReplyDelete
  17. CANTIKNYA. TERIMA KASIH UNTUK TIPS INI.

    ReplyDelete
  18. Salam sis. Kalau bunga ros tu kene cahaya matahari sepenuhnya, adakah ia menyebabkan daun-ii menjadi kering dan kerinting?

    ReplyDelete
  19. Biasa bab pencatasan ni ramai tak buat sebab sayang. maklumlah tgok pucuk baru. ingatkan makin subur kan..

    ReplyDelete
  20. Tips baik untuk orang baru macam saya. Banyak info berguna. Kalau boleh mohon share lagi tips untuk biak pokok ros melalui keratan batang. Teringin sangat nak mencuba.

    ReplyDelete
  21. t.kasih atas perkongsian sgt berguna utk org baru mcm saya6

    ReplyDelete
  22. Cantiknya laman ros kak Norin! Thnk u bg tips..sy br je ade 1 ros tp mcm tk berjaya sbb daun jadi kerinting...boleh bg tau kenapa jd cmni?

    ReplyDelete