disabled

Sunday, August 23, 2015

Cara semai ros dari keratan batang

Terdapat banyak cara untuk biakkan pokok ros antaranya dari biji benih (di Malaysia tak sesuai), keratan batang, tut dan graft. Hari ni saya nak kongsi cara saya semai ros dari keratan batang. Asalnya saje suka-suka semai sebab sayang keratan dibuang je bila lepas mencatas pokok. Cara semai dari keratan ni ada banyak teknik. Teknik saya ni hasil dari pembacaan, bertanya kepada kawan-kawan yang dah mahir, pembelajaran dari youtube dan juga pengalaman. Saya cuba dan mencuba, akhirnya saya finalize teknik ni paling mudah untuk keratan hidup. Sekarang ni info di hujung jari, tinggal search je kan kan.. 


Ok, yang pertama sediakan bahan. Keratan ros, penggalak akar, medium semaian dan pasu, botol air yang dah tak guna.

1) Keratan: pilih keratan yang sesuai, saiz sedang2, potong bila bunga dah layu dan lerai. Tinggalkan daun sedikit supaya keratan dapat membuat makanan semasa ketiadaan akar.


2) Medium: Saya gunakan tanah 6 in 1 yang dijual di nursery. Sediakan dalam pasu, siram, kemudian buatkan lubang.


3) Penggalak akar: Yang ni optional sebenarnya, tak guna pun tak apa. Tapi saya pilih untuk guna. Basahkan hujung keratan kemudian celup pada penggalak akar kemudian tanam.



4) Penutup: Ada banyak cara sebenarnya, ada yang guna plastik kemudian ikat, guna planter box kemudian tutup, saya guna penutup botol air yang tak guna je, potong bahagian bawah botol dan tutup. Cara ni bagi mengekalkan kelembapan medium semaian. 


Kemudian letakkan semaian di tempat redup, siram sikit-sikit jangan terlalu banyak jangan terlalu kering, ikut cuaca, part ni yang thrill sikit, harus pandai agak-agak. Keadaan dalam botol air akan berwap, biarkan je, itu normal.


Buka penutup dari semaian selepas dahan dah mula bercambah. Cambahan dahan bergantung kepada jenis pokok ada yang cepat ada yang lembat, saya anggarkan selepas sebulan. Selepas buka bolehlah letakkan di tempat yang mengenai cahaya anggaran 4 jam sehari, disiram seperti biasa dan baja seperti biasa (organik).




Tahap mana kejayaan semaian ni bergantung pada penjagaan air, pada musim hujan saya perhatikan lebih mudah untuk semaian hidup, mungkin sebab kelembapan udara memainkan faktor. Dengan teknik ni kebiasannya dari jumlah semaian anggaran 80% yang hidup, pernah juga 100% yang hidup, orang kata bergantung kepada rezeki masing2 juga, kita hanya berusaha Dia yang menetukan ;)

Selamat mencuba!

19 comments:

  1. Salam..begitu caranya ye. Akk tanam rose tapi tak pernah belajar cara menyemai. Jenoh juga menganti bila bnyk pokok mati..

    ReplyDelete
  2. salam.. akak ada plan nak jual x keratan pokok2 yg akak semai nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah jual keratan ros, kebiasannya saya semai

      Delete
  3. salam...jual ke pokok2 yg disemai tu...

    ReplyDelete
  4. Maaf nak tanya..salah satu pokok dlm gambar tu mcm tanam terbalik je...sory kalau salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tgk betul2 tak terbalik pun, tgk pangkal daun tu bukan tgk daun tu je

      Delete
  5. Maaf nak tanya..salah satu pokok dlm gambar tu mcm tanam terbalik je...sory kalau salah

    ReplyDelete
  6. Salam akak.. dlm tempoh semaian btg nie boleh x kita sembur foliar ke atau letak baja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi, kalau x tutup boleh x? tapi masih letak dekat tempat teduh....

      Delete
    2. tak payah, biar je dia bertutup, boleh juga x bertutup, kene cuba2 lah

      Delete
  7. wow this is new, thanks for the info..tak sabar nak semai rose kampung saya tu..dah lebih 20 kali try tak berjaya. Jiran saya tolong semaikan berjaya pula satu, out of 5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu keep it up, ada org semai 50 pun belum tentu jadi 2

      Delete
  8. Sis.. lbh senang klu dpt tau fb sis.. sya nak add. Sya ada tanam ros tapi kat bawah daun2 tu dah mula menguning sikit2. Tak reti mcm mna nak tanam ros ni. Ros ni kna ada kesabaran kalu nk bela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari Norin's Garden dekat FB ya, pm je nanti sy reply

      Delete
  9. Sis.. lbh senang klu dpt tau fb sis.. sya nak add. Sya ada tanam ros tapi kat bawah daun2 tu dah mula menguning sikit2. Tak reti mcm mna nak tanam ros ni. Ros ni kna ada kesabaran kalu nk bela..

    ReplyDelete
  10. salam kak, nak Tanya, kenapa kena cover dengan botol?. nanti tak bernafas ke tunas pokok tu? kalau tak cover boleh tak?

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...akhirnya dpt jugak ilmu tanam pokok ris dr kratan batang..trima kasih ye...st nk cuba jugak .

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum sis
    Nak tya...klu semai keratan ros musim hujan...perlu ke tutup pki botol keratan dia ataupon biar je dia open?

    Tq sis 😊

    ReplyDelete