disabled

Showing posts with label thrips pada pokok ros. Show all posts
Showing posts with label thrips pada pokok ros. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Tips penjagaan pokok ros pada musim panas

Cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran besar bagi rosarian, baik musim panas mahupun hujan. Di sini saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman saya cara penjagaan pokok ros pada musim panas.

1) Pastikan pokok sentiasa disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kalau boleh 3 kali, pagi, tengahari dan petang, terutamanya pokok yang ditanam di dalam pasu. Pokok yang selalu skip2 siraman mudah diserang perosak kerana perosak suka pada pokok yang kekurangan air dan lemah.

2) Rajin2 lakukan water blast/jet spray pada pokok pada waktu terdapat matahari terik untuk menghalau perosak.

3) Semburkan kawalan perosak secara kerap (2 hari sekali), kalau jenis organik setiap hari, pada waktu redup atau malam. Sembur kawalan perosak yang berlainan setiap kali menyembur kawalan perosak, contohnya hari ini pesticide A, untuk semburan hari seterusnya pesticide B, juga harus selang-selangkan dengan pesticide jenis organik dan kimia.

4) Cara semburan kawalan perosak haruslah betul, dengan menyembur dari bawah ke atas pokok, juga semburkan kawalan perosak pada bahagian tanah untuk menghapuskan perosak terutamanya thrips.

Tips seperti di atas ni saya hanya mampu lakukan pada waktu cuti sahaja, pada waktu bekerja, jadual saya mudah je, waktu pagi sebelum pergi kerja siram+water blast, balik kerja, siram lagi, setiap selang 2 malam saya sembur kawalan perosak berlainan setiap kali menyembur. Itu pun sudah memadai. Kalau dapat lakukan semua di atas lebih baik, insyaAllah bunga dapat kembang cantik dan tak ada pucuk hitam lagi walaupun cuaca panas terik.

Keira rose

Monday, November 24, 2014

Kawalan kutu thrips pada pokok bunga ros

Thrips oh thrips, rasanya serangga yang paling liat nak hilang walaupun guna pesticide adalah thrips. Penat, kadang macam nak give up. Sebelum tu jom kita berkenalan dulu apa itu thrips dan apa yang thrips buat pada ros kita. (Photos of thrips and infected plants are from google images searches)

Thrips yang belum matang berwarna jernih biasa ada pada bawah daun, pucuk-pucuk baru dan juga kudup yang belum kembang.


Thrips yang matang biasanya berwarna hitam, saya sering jumpanya di dalam kelopak ros yang dah kembang bahagian tengah-tengah. Cuba lah belek ros anda


Apa yang thrips buat pada ros kita? Haa kalau tengok ros kita jadi macam ini, itu tanda-tanda sudah ada serangan thrips lah tu.




Geram kan? Saya suka cuba-cuba pada pokok sendiri dan jumpa cara yang boleh diguna pakai selepas ni. Ini yang saya buat:   
                                
1) Thrips aktif pada cuaca panas, juga pada pokok yang tanahnya kurang air, jadi kena pastikan medium tidak terlalu kering. Saya siram 2 kali sehari, kalau hujan sekali sahaja, semak tanah jangan sampai terlalu kering berdebu. Medium juga harus jenis yang bukan takung air. (untuk medium boleh rujuk pada post saya yang sebelum ini)                 

2) Thrips dan serangga perosak yang lain juga immune pada 1 jenis pesticide pada jangka waktu yang lama, jadi saya tukar-tukar pesticide/fungicide setiap 21 hari, saya sembur setiap 4 hari.

3) Lakukan semburan air secara kuat (water blast) setiap pagi, sehingga serangan nampak berkurangan (biasanya 1 minggu), selepas itu jarakkan dalam 3 hari sekali. Jangan risau pokok ros tidak rosak.   
                                              
Ini cara yang saya lakukan untuk mengawal kehadiran thrips dan juga serangga lain. Alhamdulillah berkesan pada ros saya . Selamat mencuba! Jom cuci mata pokok ros yang sihat tanpa gangguan thrips.