disabled

Friday, August 28, 2015

Cantiknya Huntington Rose

Huntington saya sudah berusia lebih setahun. Saya beli secara online lepas tergoda dengan post kawan2 rosarian hehe.. Asalnya saya hanya biarkan dia dalam pasu, tapi oleh kerana pokoknya jenis dahan mudah dilentur dan meninggi saya kemudian pindahkan dia di arch. Saya sangat suka dengan Huntington ni sebab bunganya yang selalu lebat setiap dahan, puas hati rasanya ada Huntington ni. Jom cuci mata dengan photo2 huntington saya.















Sunday, August 23, 2015

Cara semai ros dari keratan batang

Terdapat banyak cara untuk biakkan pokok ros antaranya dari biji benih (di Malaysia tak sesuai), keratan batang, tut dan graft. Hari ni saya nak kongsi cara saya semai ros dari keratan batang. Asalnya saje suka-suka semai sebab sayang keratan dibuang je bila lepas mencatas pokok. Cara semai dari keratan ni ada banyak teknik. Teknik saya ni hasil dari pembacaan, bertanya kepada kawan-kawan yang dah mahir, pembelajaran dari youtube dan juga pengalaman. Saya cuba dan mencuba, akhirnya saya finalize teknik ni paling mudah untuk keratan hidup. Sekarang ni info di hujung jari, tinggal search je kan kan.. 


Ok, yang pertama sediakan bahan. Keratan ros, penggalak akar, medium semaian dan pasu, botol air yang dah tak guna.

1) Keratan: pilih keratan yang sesuai, saiz sedang2, potong bila bunga dah layu dan lerai. Tinggalkan daun sedikit supaya keratan dapat membuat makanan semasa ketiadaan akar.


2) Medium: Saya gunakan tanah 6 in 1 yang dijual di nursery. Sediakan dalam pasu, siram, kemudian buatkan lubang.


3) Penggalak akar: Yang ni optional sebenarnya, tak guna pun tak apa. Tapi saya pilih untuk guna. Basahkan hujung keratan kemudian celup pada penggalak akar kemudian tanam.



4) Penutup: Ada banyak cara sebenarnya, ada yang guna plastik kemudian ikat, guna planter box kemudian tutup, saya guna penutup botol air yang tak guna je, potong bahagian bawah botol dan tutup. Cara ni bagi mengekalkan kelembapan medium semaian. 


Kemudian letakkan semaian di tempat redup, siram sikit-sikit jangan terlalu banyak jangan terlalu kering, ikut cuaca, part ni yang thrill sikit, harus pandai agak-agak. Keadaan dalam botol air akan berwap, biarkan je, itu normal.


Buka penutup dari semaian selepas dahan dah mula bercambah. Cambahan dahan bergantung kepada jenis pokok ada yang cepat ada yang lembat, saya anggarkan selepas sebulan. Selepas buka bolehlah letakkan di tempat yang mengenai cahaya anggaran 4 jam sehari, disiram seperti biasa dan baja seperti biasa (organik).




Tahap mana kejayaan semaian ni bergantung pada penjagaan air, pada musim hujan saya perhatikan lebih mudah untuk semaian hidup, mungkin sebab kelembapan udara memainkan faktor. Dengan teknik ni kebiasannya dari jumlah semaian anggaran 80% yang hidup, pernah juga 100% yang hidup, orang kata bergantung kepada rezeki masing2 juga, kita hanya berusaha Dia yang menetukan ;)

Selamat mencuba!

Wednesday, August 19, 2015

Taman ros Norin August 2015

Sejak akhir-akhir ni saya agak sibuk, maaf lah blog pun dah berhabuk. Hari ni saya nak kongsi gambar-gambar ros di laman yang terbaru. Harap dapat memberikan inspirasi kepada kawan-kawan penggemar ros semua. Jom cuci mata

Princess alexandra of kent rose

Red eden rose

The prince rose

Red eden/Golden celebration rose

Mary magdalene rose

Pope john paul II rose

Dream come true rose


The alnwick rose

Purple passion rose

Abraham darby rose

Mini eden rose

Our lady of guadalupe rose

Our lady of guadalupe rose

Spirit of Freedom rose

James galway rose

Jasmina rose

Lady of shallot rose

Leander rose

Night owl rose


Golden celebration rose



Huntington rose

Huntington rose




Johann wolfgang rose

Charming piano


Carding Mill rose

Charles rennie mackintosh rose

Alexandrine rose


Crown princess margareta rose

St ethelburga rose