disabled

Wednesday, January 21, 2015

Ros sebagai aromaterapi

Mungkin ramai yang tidak tahu bau ros merupakan salah satu terapi. Tahukah anda bahawa dengan menghidu bau ros boleh mengurangkan kadar stress serta membangkitkan emosi gembira pada seseorang. Best kan? Saya memang suka dengan bunga ros, sebab tu lah saya tanam ros sekeling rumah, nak kekalkan aura positif di rumah. cewah. Jom kita berterapi mata pulak dengan gambar-gambar ros di laman saya hehe

Kordes Jubilee

Molinuex

Belle story

William shakespeare 2000

Rouge royal

Carding Mill

Pretty jessica

Blue for you

Beverly

Beverly

Beverly

Leander

Purple passion

The alnwick

Leander

Crown princess margareta

Young Lycidas


Young lycidas

Janice Kellog


Princess alexandra of kent

Wild blue yonder


Keira

Juliet

Mary magdalene

Mary magdalene

Juliet

Alexandrine

Our lady of guadalupe


Our lady of guadalupe

Our lady of guadalupe

Sweet juliet

Penyakit black spot pada ros dan cara mengatasinya

Apa itu black spot? Black spot adalah sejenis penyakit yang disebabkan dari sejenis fungi ("Diplocarpon rosae") yang menyebabkan daun bertukar menjadi kuning dan kemudian gugur. Jika dibiarkan, penyakit ini akan merebak ke seluruh pokok dan daun akan gugur kesemuanya.

Bagaimana black spot terjadi? Fungi black spot aktif pada cuaca yang lembap dan keadaan permukaan daun yang basah. Fungi tersebut memerlukan dalam anggaran masa 7 jam untuk terbentuk dan seterusnya membiak, kesannya akan dapat dilihat selepas 3-7 hari. Fungi black spot akan membentuk spora dan menyebabkan daun-daun lain juga dijangkiti penyakit black spot jika tiada pencegahan awal dilakukan, dan akhirnya pokok ros menjadi togel kesemuanya seterusnya pokok akan menjadi lemah dah terganggu pertumbuhannya kerana ketiadaan daun untuk membuat makanan.

Tanda pokok sudah terkena penyakit black spot


Bagaimana cara mengatasi black spot? Cuaca negara kita yang hujan tidak menentu memang agak sukar untuk mengelak terus dari terkena penyakit ini. Bagaimanapun terdapat cara bagi mengelakkan penyakit black spot ini berlaku.

1) Pilih jenis ros yang kurang berisiko

Terdapat jenis pokok ros yang sukar dijangkiti black spot dan ada juga yang sangat mudah. Ketahui ciri-ciri pokok sebelum membeli dengan mencari  maklumat di laman-laman web atau bertanya sendiri dengan orang yang lebih berpengalaman seperti pemilik nurseri. 

2) Lokasi yang kurang berisiko

Seeloknya letakkan pokok ros di kawasan yang mengenai cahaya matahari 5-7 jam sehari, cahaya matahari dari pagi lebih elok untuk memberi peluang air berlebihan pada daun cepat tersejat dari pokok. Letakkan pokok ros di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Potong dahan-dahan yang tidak diperlukan bagi menggalakkan pengudaraan. Susunkan juga pokok ros pada jarak yang sesuai bagi menggalakkan pengudaraan yang baik. Pastikan juga tanah yang digunakan jenis yang cepat menyerap air (tidak bertakung) bagi mengurangkan kadar lembapan pada pokok.

3) Siram pokok dengan cara yang betul

Bagi cuaca panas lembap seperti di negara kita, sesuai basahkan pokok hanya pada waktu pagi. Elakkan air terkena pada daun bagi siraman pada waktu petang bagi mengelakkan fungi membiak.

4) Cantasan berkala

Cantas dahan-dahan yang lemah dan rosak. Buangkan daun-daun tua yang rosak secara berkala bagi menggalakkan pengudaraan yang baik pada pokok. Kadangkala blackspot juga terdapat pada dahan-dahan jika jangkitan telah teruk. Cantasan berkala dapat mengurangkan risiko jangkitan black spot berulang.

5) Menangani pokok yang telah dijangkiti dengan betul

Kenal pasti sama ada pokok benar-benar dijangkiti blackspot (tanda tompok hitam dan kuning disekeliling tompokan, daun akan menjadi kuning dan gugur). Kebiasaannya daun di bahagian bawah pokok dijangkiti dahulu. Buangkan semua daun yang telah dijangkiti jauh dari pokok, termasuk yang terjatuh di tanah, kerana jika dibiarkan spora akan membiak dan mengkangkiti semula pokok ros.

Cegah blackspot dengan melakukan semburan menggunakan produk yang terdapat di pasaran seperti (yang saya tahu) daconil, copper, mencozeb. Semburan organik adalah seperti neem oil, campuran susu dan juga campuran air, serbuk bikarbonat dan sabun basuh pinggan. Lakukan semburan secara berkala, setiap minggu, walaupun tiada tanda serangan sebagai langkah pencegahan. Jika musim hujan kebiasaanya saya akan sembur setiap 2 hari jika hujan setiap hari.



Friday, January 9, 2015

So sweet ros PJP II

Ros Pope John Paul II ini antara kesukaan saya. Kelopak ros yang kembang klasik selain baunya yang wangi memang memikat, rasa nak tanam banyak-banyak je. Pokoknya pun renek ja dan mudah di jaga. Jom tengok rose PJP II saya












Sunday, January 4, 2015

Oh my petunia

Petunia oh petunia, saya tak lah pandai sangat bela petunia, tapi suka sangat sebab laman nampak berseri, berwarna warni bila ada petunia ni. Yang saya tau, petunia nak cahaya matahari untuk berbunga tapi kurang sesuai berhujan lebat kecuali jenis yang tahan, tempias tak apa, tanah yang tak menakung air, pembajaan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, siraman air 2 kali sehari kecuali pada waktu hujan, juga kawalan perosak setiap minggu. Jom tengok petunia-petunia yang ada di laman saya