disabled

Showing posts with label gerbera. Show all posts
Showing posts with label gerbera. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Gerbera Daisy dan cara penjagaannya

Gerbera daisy menjadi antara pilihan saya untuk menyerikan laman. Selain bunganya yang cantik dan tahan lama, penjagaannya tidaklah cerewet. Saya kongsikan serba sedikit cara penjagaan gerbera daisy berdasarkan pengalaman saya membelanya yang hampir 2 tahun.

1)  Gerbera daisy sesuai ditanam pada medium yang tidak menakung air, saya menggunakan tanah yang mengandungi campuran tanah bakar, sabut kelapa dan pasir. Seeloknya tukarlah kepada pasu yang lebih besar sebaik sahaja selepas dibeli.

2) Semasa menukar pasu, pastikan bahagian tengah (ubi) tidak tenggelam dengan tanah supaya pucuk dan bunga baru mudah untuk bercambah.

3) Letakkan pokok daisy ditempat yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 4 jam sehari tetapi tidak terkena hujan secara terus. Siramkan 2 kali sehari kecuali pada hari yang hujan, siram pada tanah sahaja. Gerbera daisy tidak sesuai jika dibiarkan basah dalam jangka masa yang lama yang menyebabkan bunga dan daunnya rosak.

4) Bajakan gerbera daisy dengan baja organik mahupun kimia setiap 2 minggu. Gerbera daisy juga sesuai dibajakan dengan baja dalam bentuk cecair seperti foliar yang perlu disembur pada tanah dan daun untuk menggalakkannya berbunga.

5) Buangkan daun-daun yang tua dan rosak. Jika daun terlalu banyak, buangkan sedikit daunnya. Buangkan juga bunga yang dah hampir layu bagi menggalakkan pengeluaran bunga baru. Pastikan ruang tengah pokok tidak terlindung untuk memastikan gerbera daisy terus berbunga.

6) Semburkan juga racun perosak sama ada organik atau kimia untuk memastikan pokok terus sihat.

Gerbera daisy di laman saya: