disabled

Friday, December 26, 2014

Gerbera Daisy dan cara penjagaannya

Gerbera daisy menjadi antara pilihan saya untuk menyerikan laman. Selain bunganya yang cantik dan tahan lama, penjagaannya tidaklah cerewet. Saya kongsikan serba sedikit cara penjagaan gerbera daisy berdasarkan pengalaman saya membelanya yang hampir 2 tahun.

1)  Gerbera daisy sesuai ditanam pada medium yang tidak menakung air, saya menggunakan tanah yang mengandungi campuran tanah bakar, sabut kelapa dan pasir. Seeloknya tukarlah kepada pasu yang lebih besar sebaik sahaja selepas dibeli.

2) Semasa menukar pasu, pastikan bahagian tengah (ubi) tidak tenggelam dengan tanah supaya pucuk dan bunga baru mudah untuk bercambah.

3) Letakkan pokok daisy ditempat yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 4 jam sehari tetapi tidak terkena hujan secara terus. Siramkan 2 kali sehari kecuali pada hari yang hujan, siram pada tanah sahaja. Gerbera daisy tidak sesuai jika dibiarkan basah dalam jangka masa yang lama yang menyebabkan bunga dan daunnya rosak.

4) Bajakan gerbera daisy dengan baja organik mahupun kimia setiap 2 minggu. Gerbera daisy juga sesuai dibajakan dengan baja dalam bentuk cecair seperti foliar yang perlu disembur pada tanah dan daun untuk menggalakkannya berbunga.

5) Buangkan daun-daun yang tua dan rosak. Jika daun terlalu banyak, buangkan sedikit daunnya. Buangkan juga bunga yang dah hampir layu bagi menggalakkan pengeluaran bunga baru. Pastikan ruang tengah pokok tidak terlindung untuk memastikan gerbera daisy terus berbunga.

6) Semburkan juga racun perosak sama ada organik atau kimia untuk memastikan pokok terus sihat.

Gerbera daisy di laman saya:

















23 comments:

  1. SALAM .. KAK .. blh whatsapp sy takk .. 60172361656 ,, sy nak.tahu pasal penjagaan pokok ni .. .. -farahin

    ReplyDelete
  2. Hi..sis.. boleh bertukar2 pendapat tentang penjagaan daisy..saya baru nak berjinak2 dgn bunga ni..

    ReplyDelete
  3. assalam sis, ada cara tak nak pecahkan anak pokok daisy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, asingkan je anak dia, semai tempat lain, daisy cepat beranak

      Delete
  4. Hai.minat nyer kat bunga awak

    ReplyDelete
  5. hi sis, saya baru beli pokok daisy, tapi tibe2 bunganya layu. kenapa pulak tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga layu potong je, letak dia kt tempat half shade siram sekali sehari dh cukup, letak baja bunga insyaAllah berbunga balik

      Delete
  6. Salam...mcm mna nk semai pokok daisy? Melalui benih dr bunga ka? Mcm matahari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dgr lg semai daisy guna benih, sy beli pokok dh siap je kat nursery tinggal sambung bela

      Delete
  7. Salam...mcm mna nk semai pokok daisy? Melalui benih dr bunga ka? Mcm matahari..

    ReplyDelete
  8. Saye pon baru je membela pokok bunga daisy..batang pokok bunga daisy tu patah kalau da lama..memang normal ke akan patah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. saya juga ada bela pokok jenis ni.. Ya mmg normal je kalau batang bunga patah.. sbb batangnya lembut.. akak boleh ikat batang bunga tersebut dengan kayu atau apa2 untuk sokongan..

      Delete
    2. Hi sis..sy baru beli pokok bunga daisy..sy suka bunga Daisy...tp tk tau nk Jaga. Skrg ni RSA mcm pasu tu penuh dgn daun2., takut lk mati ..boleh cabut tk daun tu? Ada csra2 lain...0194270724.nmbr whatsap sy. Bgs gk kly sis buat grp whatsap ttg Daisy ni

      Delete
  9. Assalamualaikum....saya nak bertanya,daisy saya alhamdulillah nampak ok....mcm mana cara nak trim ye...?atau biar dia sampai kuning dan layu baru trim?saya baru je dalam menanam daisy ni...salam ukhwah dari saya

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum....saya nak bertanya,daisy saya alhamdulillah nampak ok....mcm mana cara nak trim ye...?atau biar dia sampai kuning dan layu baru trim?saya baru je dalam menanam daisy ni...salam ukhwah dari saya

    ReplyDelete
  11. Assamualaikum nk tanya pokok daisy ni bru beli terus letak dkt panas ka? Saya ada beli pokok daisy ni bila tukar pasu bunga semua layu kumtum2 bunga semua layu kenapa ye? Tq

    ReplyDelete
  12. Assamualaikum nk tanya pokok daisy ni bru beli terus letak dkt panas ka? Saya ada beli pokok daisy ni bila tukar pasu bunga semua layu kumtum2 bunga semua layu kenapa ye? Tq

    ReplyDelete
  13. Cantiknya gerbera daisy yang puan tanam. Saya hanya ada satu pasu. Yang sebelum ni dah mati. Yang baru ni tak tau la berapa lama hidup. Bunga baru tak tahan lama. Masuk tengahari kena bawa masuk dalam rumah, tak boleh tinggal kat balkoni padahal tak kena matahari direct.

    ReplyDelete
  14. Salam. Oh btw sy order online benih Garbera Daisy yg diimport dari Shenzen, China. Murah sgt sbnrnya..juga benih climbing rose..

    #HobiBaru😊
    #HarapMenjadi
    #Inshaallah

    ReplyDelete
  15. Cantiknya. Saya memang suka sangat gerbera daisy. Tapi x pernah bela pokok. Nak beli pokok untuk start, dari mana ye. Baja, racun dia juga nak beli kat mana...Kalau ada fb group, IG pasal gerbera daisy ni untuk saya follow, bolehlah tolong suggestkan. Tq

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Cantik bunga daisy awak. Saya nak tanya,boleh daisy ditanam melalui batangnya?

    ReplyDelete
  17. As salam.. mcm mane jika daunnya ada tompok yg kering dekat tengah2 daun. adakah tu kena penyakit? bagaimana nak mengatasinya.

    ReplyDelete
  18. Salam saya punya pokok daisy da sampai daun layu perlu ke saya potong batang dia? Kalau daun kuning perlu ke saya putong daun tu?

    ReplyDelete