disabled

Friday, December 26, 2014

Cara mencantas pokok bunga ros

Ramai yang mungkin tidak tahu cara yang betul mencantas pokok ros. Di sini saya kongsikan cara mencantas pokok ros yang biasa saya lakukan. Saya ambil contoh pokok Kordes Jubilee yang dah habis berbunga.


Sebelum cantas, pilih dahan yang mempunyai 5 helai daun, yang menghadap ke luar dan kemudian potong secara menyerong ke bawah supaya air tak bertakung di tempat potongan yang boleh menyebabkan penyakit kanker. Kebiasannya pucuk baru akan tumbuh kembali di "nod" teratas dan kedua atas.



Habiskan mencantas untuk setiap dahan.


Tadaaa.. dah siap



Pucuk baru akan mula tumbuh kebiasaannya dalam masa 2 minggu mengikut jenis pokok. Untuk pokok ros jenis renek tidak perlu cantasan yang panjang, cukup hanya cantas pada hujung-hujung dahan kecuali kita mahu bentukkannya kembali. Mencantas pokok ros sebenarnya mengikut kemahuan kita macamana kita nak bentukkan pokok ros kita.








4 comments:

  1. Macam mana nak bunga tu bloom serentak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita cantas sepokok cam sy explain kt atas, biasanya tunas yg akan tumbuh balik akan hasilkan bud dalam masa yg dekat2 dan akan kembang dlm sela masa yg dekat2

      Delete
  2. Boleh akk reccommend racun serangga perosak yg sesuai utk ros? Saya guna malathion 2 kali seminggu..tp serangga tetap ada..habis daun pokok ros sy dimkn..

    ReplyDelete
  3. suka tgk pokok bunga ros.. rasa mcm.nk tanam juga...

    ReplyDelete