1) Plan jadual
Tetapkan hanya satu rutin untuk setiap masa yang ada. Contohnya, pagi ini saya mahu menyiram, pastikan menyiram sahaja, jangan pula selitkan dengan mencantas lah, belek kumbang lah. Kebiasannya pada hari berkerja, saya luangkan 15 minit setiap pagi untuk menyiram dan buat 'water blast'. Kalau ada masa lebih sempatkan belek-belek, snap gambar ros laju-laju. Pulang dari kerja, dalam 10 minit siram lagi sekali. Waktu malam pula 20 min untuk menyembur racun, baja etc mengikut jadual menyembur (tidak lah setiap hari). Hujung minggu kebiasannya saya luangkan masa dalam 2 jam di laman untuk lakukan 'dead heading' atau pruning, sembur foliar, membaja selain menyiram dan lakukan 'water blast'. Kalau ada masa lebih saya gembur-gemburkan tanah, tambahkan tanah atau tukar pasu ikut keperluan.
2) Kenal pasti jenis ros sebelum membeli
Sebelum memilih ros untuk diletakkan di laman, kenal pasti dahulu jenis ros yang dipilih, sama ada jenis renek, shrub, memanjat, mudah dijangkiti penyakit atau tidak. (saya suka baca di web www.helpmefind.com sebelum memilih ros) Ros yang dijual di nurseri, yang tiada nama, biasanya jenis-jenis hybrid tea/cut rose/miniature. Plan dulu adakah ada banyak masa untuk selalu menyembur racun (untuk pokok yang mudah kene penyakit) ada banyak masa untuk mengikat ros jenis climber bila pokok dah besar, sesuaikah dengan persekitaran rumah kita? Ini adalah untuk memastikan tidak banyak masa akan diluangkan di laman hanya untuk ros-ros sahaja.
3) Susunan pokok yang memudahkan
Kalau boleh, susunkan pokok-pokok ros di satu tempat sahaja, atau susun secara berbaris untuk memudahkan kita selenggara pokok-pokok ini nanti. Ini kerana pokok ros memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding pokok-pokok lain. Dengan susun atur yang sesuai, masa diluangkan untuk selenggara pokok ros setiap hari dapat dikurangkan.
4) Alatan berkebun yang lengkap dan sesuai
Pastikan semua alatan untuk menyelenggara ros lengkap dan diletakkan di suatu tempat. Pastikan juga tempat alatan, baja, racun adalah di tengah laman supaya kurang masa yang diluangkan untuk berpatah balik jika tertinggal barang atau sebagainya. Labelkan juga baja-baja, cecair semburan dan sebagainya. Pastikan juga bekas-bekas baja siap diisi dengan penyeduk yang sesuai, contoh sudu besar atau kecil, atau senduk, jadi tak perlu lah fikir banyak kali jumlah baja nak diletakkan pada setiap pokok setiap kali nak membaja. Contoh alatan seperti gunting (besar dan kecil), skop tanah, penyembur racun, sarung tangan, alat penyukat cecair, skop baja, penyapu etc. Ini ruangan alatan berkebun saya, simple je.
5) Disiplin
Ya, masih lagi berbalik pada disiplin. Bila dah ada jadual penjagaan haruslah lah ikut jadual yang ditetapkan. Pokok ros tidak sesuai dibiarkan tidak dibaja, tidak disiram,tidak diracun dalam jangka masa yang lama, jadi sentiasa lah ikut jadual yang ditetapkan oleh kita sendiri. Bila kita disiplin, insyaAllah pokok-pokok ros akan hadiahkan kita dengan kuntuman yang wangi seperti ini, best kan? ;)
Tqvm utk info....ros norin cantik n segar....menyuntik semangat saya utk terus menanam ros
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih
DeleteinsyaAllah akan cuba apa yg Norin ajar.. terimakasih :)
ReplyDeletesama-sama :)
DeleteAssalamualaikum..puan norin,saya baru je mula berjinak dlm dunia roses ni.teruja tgk bunga2 rose puan yg ckup cantik & subur.baja tayam boleh ke diberi hr yg sama @ perlu diselang selama beberapa hari?
ReplyDeleteTq utk info.. satu pokok sy ada kanker..kena asingkan ke dr pokok2 lain?
ReplyDelete