disabled

Tuesday, March 10, 2015

Dah sembur kawalan perosak tapi pucuk masih seperti terbakar?

Ok hari ni saya nak cerita mengenai masalah ros paling biasa kita dengar: pucuk baru jadi hitam seperti terbakar, terutamanya pada musim panas. Ia disebabkan oleh perosak yang bernama Thrips, ya thrips lagi, jangan bosan hihi.. chili thrips, flower thrips, semua ni yang merosakkan pucuk-pucuk dan kudup-kudup ros kita, bukan sebab cuaca panas. Saya dah uraikan pada post yang sebelum ni berkenaan thrips, boleh baca kembali. Kali ni saya nak kongsi cara saya selesaikan masalah thrips ni step by step. Sebelum tu kenal pasti dulu tanda-tanda yang pokok telah diserang thrips. Images source from google search:





Yang ni dari pokok di rumah saya

Kordes jubilee saya, kesian dia

Ni tanda awal, kudup jadi hitam macam ni

Berbalik cerita step by step tadi. Saya bukanlah pakar tetapi cara saya ni berkesan pada pokok-pokok saya. Ok macam ni:

1) Contoh hari ini hari pertama perasan pucuk dan kudup dah mula jadi hitam-hitam, apa yang saya buat adalah terus buat water blast waktu pagi. Cerita mengenai water blast ni air harus kuat macam jet spray, sebab kalau tak kuat kurang berkesan. Lepas buat water blast, sembur kawalan perosak, apa-apa jenis pun tak apa. Sembur keseluruhan pokok termasuk tanah. (untuk bahagian pucuk dan kudup yang rosak teruk, cantaskan sahaja, tak apa nanti tumbuh yang baru yang elok insyaAllah).

2) Hari ke-2, 3, sambung buat water blast lagi pada waktu pagi, kalau ada masa buat tengahari juga. 

3) Masuk hari ke 4, selepas buat water blast, sembur lagi kawalan perosak seluruh pokok seperti biasa.

4) Hari ke-5-6, sambung buat water blast lagi pada waktu pagi, kalau ada masa buat tengahari juga. 

5) Hari ke-7 selepas buat water blast, sembur lagi kawalan perosak seluruh pokok seperti biasa.

6) Hari ke-8, kebiasannya dah mula nampak kesan, kudup baru dan pucuk baru yang tumbuh dah elok kembali. Teruskan buat water blast setiap pagi, insyaAllah pucuk dan kudup bersih dari serangan perosak, bukan sahaja thrips, macam-macam lagi seperti mites, aphids dan banyak lagi.

Ini pucuk saya yang pada awalnya dah diserang thrips, selepas lebih kurang 10 hari saya lakukan semburan perosak seiring dengan water blast, pucuk dapat bercambah kembali dan dapatlah tengok bunga dia nanti. 

Nampak kan yang daun macam terbakar kat tengah tu, tu lah yang rosak masa mula nak bercambah, kemudian dapat diselamatkan

Ini pun sama

Ini pun

Dulu saya tak cuba teknik water blast ni, asalkan nampak hitam je terus cantas, tapi nak kene tunggu pokok nak berbunga kembali lepas cantas tu lama juga, mana sabar kan hihi.. Kawan-kawan cuba lah cara ni, mana tahu menjadi juga, saya tumpang gembira je. Tapi pastikan juga tanah jangan kurang air, nanti perosak suka pada pokok yang kurang air. Selamat mencuba :)

8 comments:

  1. Xgoyang ke pokok bila kna water blast tu...sb kuat tekanan air kna kt pokok tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itulah tujuan dia nk goncang pokok, menghalau serangga. cuba dulu baru tau kesan dia

      Delete
  2. Tq norin...
    suka sy tgk tmn ros norin....byk dh ros sy mati sb kanker..mcm mana ye nk elakkan masalah ni drpd tkena pokok yg sy bru beli ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. kanker terjadi disebabkan fungi, bahagian pokok yg dlm keadaan basah lama mudah dijangkiit fungi, kene jaga terutamanya akar, kalau akar dh kene kanker mmg susah nk pulih. boleh baca post saya mengenai kanker, post baru2

      Delete
    2. sama2.. kanker terjadi disebabkan fungi, bahagian pokok yg dlm keadaan basah lama mudah dijangkiit fungi, kene jaga terutamanya akar, kalau akar dh kene kanker mmg susah nk pulih. boleh baca post saya mengenai kanker, post baru2

      Delete
  3. Pokok saya msh kecil perlukah d lakukan water blast. Tiada cara lain lg ke. Jenis semburan kawalan perosak apa yg sesuai. Tq

    ReplyDelete
  4. saya dah buat water blast...habis dgn pokok2 sekali kena blast....poko goyang n tinggal pasu kosong je skrg :(

    ReplyDelete
  5. Salam puan. Sangat suka dengan entri puan. Sebelum saya terjebak dgn tanam pokok rose saya sudah baca entri puan. Sangat banyak ilmu saya dpt. Bulan Dis 2020 tak tahu kenapa saya mula menanam pokok rose. Mula2 pergi nursery hanya nak beli tanah dan baja utk pokok rose kampung saje. Terpandangkan banyak anak pokok rose yg cantik saya beli dan beli. Mula2 ok saja. Setelah sebulan pokok rose saya mula bermasalah. Ada yg mati. Saya mula buat research. Teringat blog puan. Baru saya tahu kenape. Saya x pernah siram racun perosak. Salah saya. Baja pun saya bg sedikit satu sudu shj. Silap saya juga. Bila baca cara puan mengubat pokok yg kena serangan penyakit ni, saya jadi ragu2. Betuk ke?. Saya buat research lagi dan baca banyak laman web ttg cara puan ni. Ye cara puan memang disyorkan. Seminggu saya buat puan...blast dan guna ridsect water based sbb x de racun perosak. Baru oder di shoopee. Alhamdulillah puan wp x sesempurna mcm puan buat tapi hasilnya ttp menjadi. Pokok saya kembali segar dan banyak tunas baru yg sihat mula keluar. Alhamdulillah puan tqvm. Semua baja yg puan guna saya beli. Begitu juga dengan racun perosak. Harapan saya biarlah pokok2 saya berbunga lebat seperti pokok2 puan. In shaa Allah.

    ReplyDelete