disabled

Monday, March 2, 2015

Bahan serta cara mengawal penyakit black spot pada ros

Cuaca di tempat kita ni susah nak jangka, bila hujan pada waktu petang atau malam dua hari berturut-turut, keesokannya mulalah ada tanda-tanda black spot pada pokok ros saya, walaupun tidak kritikal tetapi ia mudah merebak kalau dibiarkan. Biasanya saya akan sembur kawalan fungi sekurang-kurangnya seminggu sekali, jika cuaca hujan setiap hari (musim tengkujuh) saya akan sembur setiap 2 hari (boleh tahan penat sabar jela, kalau rajin angkut la pasu ros ke tempat berbumbung hihi). Sebelum tu haruslah tau apa itu penyakit back spot. Boleh rujuk post saya yang sebelum ni.


Biasa saya dengar, "dah sembur ini dan ini tapi pokok masih dijangkiti black spot", sebenarnya mungkin cara atau sukatan semburan yang kurang berkesan. Terdapat banyak produk atau method untuk kawal blackspot, tapi saya dah biasa cara saya dan setakat ni berkesan jadi saya kekal dengan cara yang sama. Saya guna Daconil (chemical) dan juga susu (apa-apa jenis susu) untuk kawalan black spot pada ros saya. Daconil ni serbuk warna putih yang perlu dibancuh. Macam ni


Ok, sukatan yang biasa saya buat, 5 liter air campur dengan daconil 1 sudu rata, rata tau jangan lebih, sudu plastik putih tu. (kalau pertama kali guna kurangkan dosage). Sembur waktu malam. Kalau nak sembur waktu pagi, kurangkan sedikit sukatan daconil, takut daun melecur pula terutama masa musim panas. Sembur keseluruhan daun-daun pokok ros. Saya biasa memang buat malam, contoh malam ni saya sembur, esok pagi jangan basahkan pokok atau buat water blast (nanti semburan hilang). Lusa baru buat water blast macam biasa, nanti akan nampak daun-daun yang dah kuning gugur, tak apa, yang masih hijau dah dilindungi. Kalau hujan hari-hari kenelah ulang lagi semburan.

Selain sembur daconil, saya juga biasanya akan sembur rose care (product honeybee world trade dari Pn Rohani Bee) dicampurkan dengan susu (gambar atas sebelah kanan sekali). Kalau ada ais campurkan dengan ais sekali. Saya sembur dalam 2 kali seminggu. Bila ada susu expired ke macam susu fresh dalam kotak tu, atau susu tepung expired ke, atau saya biasa kumpul susu anak yang tak habis simpan dalam peti sejuk, guna untuk ros. Susu juga berfungsi untuk mencegah black spot. Campuran sepatutnya 1 bahagian susu, 2 bahagian air, tapi saya tak ikut pun, campurkan apa yang ada je, tak perlu risau sangat sukatan sebab ia organik. Biasanya saya sukat 5 liter air + 5 capfull RC + 1 cawan susu (cecair). Sembur waktu pagi atau malam. Setakat ni alhamdulillah cara ni berkesan pada pokok ros saya. Selamat mencuba

3 comments:

  1. Assalamaualaikum, di mana nak dapatkan epsom salt. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, epsom salt ada dijual di farmacy sumber paling mudah

      Delete
  2. Assalamualaikum, maknanya kalau saya tiada produk rose care saya boleh gunakan campuran susu dan air sahaja k?

    ReplyDelete