disabled

Sunday, February 28, 2016

Teknik 'mulch' dan kelebihannya

Apa itu teknik mulch?

Mulch adalah pelbagai jenis material yang ditaburkan hingga menutupi keseluruhan permukaan tanah.

Contoh material yang digunakan untuk mulch:

1) Kayu racik
2) Kompos
3) Rumput yang dipotong
4) Surat khabar
5) Daun-daun yang gugur

Kelebihan teknik mulching

1) Membantu tanah mengekalkan kelembapan ketika cuaca panas terik
2) Menghalang rumpai tidak diingini tumbuh disekeliling tanah
3) Membantu meningkatkan tekstur tanah
4) Menghalang sesetengah perosak dari membiak
5) Melindungi akar pokok dari cuaca panas melampau
6) Membantu mikroorganisma baik dalam tanah
7) Tanaman nampak lebih menarik (tanpa rumpai)

Bila masa yang sesuai untuk teknik mulch?

Lakukan teknik mulch pada musim panas.

Contoh teknik mulching di laman saya.


Kumpulkan daun-daun kering dah taburkan pada permukaan tanah pada pokok ros. Selepas memotong rumput dilaman, keringkan rumput yang dipotong kemudian taburkan pada permukaan tanah. Untuk cuaca di tempat kita tak perlu terlalu tebal kerana bagi mengelakkan perosak yang seperti kumbang atau cacing perosak mendiami tanah. Hidupan dicipta Allah saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimana pokok di hutan hidup subur tanpa perlu dibaja diracun, semuanya berlaku secara natural. Organik ternyata lebih baik.

Selamat mencuba! :)

Thursday, February 4, 2016

Mencantas pokok ros, mengapa dan bagaimana?

Mencantas pokok ros merupakan rutin asas yang perlu tahu oleh setiap rosarian. Untuk menjadi mahir dalam mencantas pokok bunga ros semestinya melalui pengalaman sendiri. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa agak sukar untuk ros mati hanya kerana mencantas. Jadi jangan takut cantas pokok ros.

Mengapa perlu cantas?

1) Untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru
2) Untuk membuang dahan tua/rosak
3) Untuk memperbaiki aliran udara pada pokok
4) Untuk membentuk pokok

Asas teknik mencantas pokok ros

1) Guna peralatan menggunting yang tajam.
2) Perhatikan pada keseluruhan pokok sebelum mencantas. Mulakan dengan memotong pada bahagian bawah.
3) Potong dalam anggaran pokok dapat ditembusi cahaya dan pengudaraan.
4) Potong secara menyerong (45 darjah) dalam anggaran 1/4 inci dari tempat keluar tunas.


5) Pastikan potongan sempurna
6) Buang semua dahan yang rosak, berwarna hitam, berkulat atau kering. dahan yang kecil (lebih kecil dari saiz pensil) dan juga sucker
7) Buangkan juga daun-daun yang rosak, kalau cantasan setahun sekali buangkan semua daun yang ada.
8) Tahap cantasan bergantung pada jenis pokok ros seperti miniature, floribunda tidak perlukan cantasan terlalu pendek, cantas 1/3 pokok atau sekadar membentukkan kembali pokok. Jenis hybrid tea, moden shrub pula perlukan cantasan sekurang-kurangnya separuh dari tinggi pokok. Untuk climber cukup sekadar buangkan dahan-dahan rosak.

Bila perlu cantas?

1) Bila pokok mula berterusan mengeluarkan bunga dan dahan yang tidak sempurna
2) Sekurang-kurangnya setahun sekali
3) Bila pokok tidak cantik bentuknya.
4) Masa yang sesuai, pilih untuk mencantas pokok semasa musim panas di waktu pagi bagi mengelakkan kanker pada batang.

Ini contoh cantasan yang saya lakukan pada 13/8/2014.


Selepas lebih kurang sebulan, pada 12/9/2014


Kemudian baru-baru ni, sebelum dan selepas



Yang ni lepas seminggu, dengan sabar menanti jeng jeng jeng.. nanti saya update progress ya :)


Selepas mencantas, harus ada penjagaan yang rapi, boleh baca di sini 


Monday, February 1, 2016

Tanaman herba di laman Norin

Selain dari minat pada tanaman bunga, saya juga gemar menanam tanaman herba dan juga tanaman yang digunakan untuk masakan. Laman saya tak lah luas mana jadinya mana-mana yang boleh sumbat je hihihii.. Tanaman herba ni bagus kalau dimanfaatkan, sebagai alternatif ubatan di pasaran. ni antara yang saya tanam.

Daun kunyit buat main masak2

Pokok durian belanda, saya ada 3 pokok, daun dia berkhasiat sebagai anti-kanser dan penawar gout

Ulam raja, bila malas nak masak sayur petik je belakang rumah

Pokok belalai gajah dikatakan elok, sebagai anti-kanser

Daun kesum, berguna ni nak masak asam pedas ke laksa, petik2 je

Pokok selasih, ni untuk masak lemak ke

Limau kasturi, untuk kegunaan masakan, buah dia selalu jadi mainan anak kene petik2 huuu

Pokok tenggek burung, pucuk dia dijadikan ulam, memang pahit erghhh.. yang pahit tu lah yang bagus kan

Pandan ni dah tak tau berapa kali kene trim, cepat sangat merimbun

Pokok mulberi, buat dia bila dah masak masam2 manis. daun mulberi pun dikatakan berkhasiat

Aloe vera, bila anak2 demam leh tepek dia

Daun pudina dengan pegaga. Pudina tu tak tau lah dah berapa kering hidup balik terbiar je dia tapi memang hidup je. Pegaga tu pulak tak pernah tanam pun tiba2 tumbuh, lepas tu over tau tumbuh melata sampai nak take over semua rumput carpet ish ish.. kalau tiba2 datang mood nak rasa awet muda petik je, blend, minum

Daun kari, ni masak kari ke, masak bali ke harus petik, pucuk kari pun boleh dibuat ulam

Cili padi, petik2 je kalau nak makan

Misai kucing, pokok ni pun dah beberapa trim, naik balik besar. Yang ni pun bagus untuk penyakit kencing manis