disabled

Sunday, February 28, 2016

Teknik 'mulch' dan kelebihannya

Apa itu teknik mulch?

Mulch adalah pelbagai jenis material yang ditaburkan hingga menutupi keseluruhan permukaan tanah.

Contoh material yang digunakan untuk mulch:

1) Kayu racik
2) Kompos
3) Rumput yang dipotong
4) Surat khabar
5) Daun-daun yang gugur

Kelebihan teknik mulching

1) Membantu tanah mengekalkan kelembapan ketika cuaca panas terik
2) Menghalang rumpai tidak diingini tumbuh disekeliling tanah
3) Membantu meningkatkan tekstur tanah
4) Menghalang sesetengah perosak dari membiak
5) Melindungi akar pokok dari cuaca panas melampau
6) Membantu mikroorganisma baik dalam tanah
7) Tanaman nampak lebih menarik (tanpa rumpai)

Bila masa yang sesuai untuk teknik mulch?

Lakukan teknik mulch pada musim panas.

Contoh teknik mulching di laman saya.


Kumpulkan daun-daun kering dah taburkan pada permukaan tanah pada pokok ros. Selepas memotong rumput dilaman, keringkan rumput yang dipotong kemudian taburkan pada permukaan tanah. Untuk cuaca di tempat kita tak perlu terlalu tebal kerana bagi mengelakkan perosak yang seperti kumbang atau cacing perosak mendiami tanah. Hidupan dicipta Allah saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimana pokok di hutan hidup subur tanpa perlu dibaja diracun, semuanya berlaku secara natural. Organik ternyata lebih baik.

Selamat mencuba! :)

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak norin..saya nak tnya..sblm ni akak ada ajar cara2 untk melakukan water jet spray..tp klu untk pokok yg masih kecil kita blh guna cara yg sma ke?tak terlalu kuat ke air tu untk pokok tu?mohon pencerahan.thank you kak

    ReplyDelete