Bagaimana black spot terjadi? Fungi black spot aktif pada cuaca yang lembap dan keadaan permukaan daun yang basah. Fungi tersebut memerlukan dalam anggaran masa 7 jam untuk terbentuk dan seterusnya membiak, kesannya akan dapat dilihat selepas 3-7 hari. Fungi black spot akan membentuk spora dan menyebabkan daun-daun lain juga dijangkiti penyakit black spot jika tiada pencegahan awal dilakukan, dan akhirnya pokok ros menjadi togel kesemuanya seterusnya pokok akan menjadi lemah dah terganggu pertumbuhannya kerana ketiadaan daun untuk membuat makanan.
Tanda pokok sudah terkena penyakit black spot
Bagaimana cara mengatasi black spot? Cuaca negara kita yang hujan tidak menentu memang agak sukar untuk mengelak terus dari terkena penyakit ini. Bagaimanapun terdapat cara bagi mengelakkan penyakit black spot ini berlaku.
1) Pilih jenis ros yang kurang berisiko
Terdapat jenis pokok ros yang sukar dijangkiti black spot dan ada juga yang sangat mudah. Ketahui ciri-ciri pokok sebelum membeli dengan mencari maklumat di laman-laman web atau bertanya sendiri dengan orang yang lebih berpengalaman seperti pemilik nurseri.
2) Lokasi yang kurang berisiko
Seeloknya letakkan pokok ros di kawasan yang mengenai cahaya matahari 5-7 jam sehari, cahaya matahari dari pagi lebih elok untuk memberi peluang air berlebihan pada daun cepat tersejat dari pokok. Letakkan pokok ros di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik. Potong dahan-dahan yang tidak diperlukan bagi menggalakkan pengudaraan. Susunkan juga pokok ros pada jarak yang sesuai bagi menggalakkan pengudaraan yang baik. Pastikan juga tanah yang digunakan jenis yang cepat menyerap air (tidak bertakung) bagi mengurangkan kadar lembapan pada pokok.
3) Siram pokok dengan cara yang betul
Bagi cuaca panas lembap seperti di negara kita, sesuai basahkan pokok hanya pada waktu pagi. Elakkan air terkena pada daun bagi siraman pada waktu petang bagi mengelakkan fungi membiak.
4) Cantasan berkala
Cantas dahan-dahan yang lemah dan rosak. Buangkan daun-daun tua yang rosak secara berkala bagi menggalakkan pengudaraan yang baik pada pokok. Kadangkala blackspot juga terdapat pada dahan-dahan jika jangkitan telah teruk. Cantasan berkala dapat mengurangkan risiko jangkitan black spot berulang.
5) Menangani pokok yang telah dijangkiti dengan betul
Kenal pasti sama ada pokok benar-benar dijangkiti blackspot (tanda tompok hitam dan kuning disekeliling tompokan, daun akan menjadi kuning dan gugur). Kebiasaannya daun di bahagian bawah pokok dijangkiti dahulu. Buangkan semua daun yang telah dijangkiti jauh dari pokok, termasuk yang terjatuh di tanah, kerana jika dibiarkan spora akan membiak dan mengkangkiti semula pokok ros.
Cegah blackspot dengan melakukan semburan menggunakan produk yang terdapat di pasaran seperti (yang saya tahu) daconil, copper, mencozeb. Semburan organik adalah seperti neem oil, campuran susu dan juga campuran air, serbuk bikarbonat dan sabun basuh pinggan. Lakukan semburan secara berkala, setiap minggu, walaupun tiada tanda serangan sebagai langkah pencegahan. Jika musim hujan kebiasaanya saya akan sembur setiap 2 hari jika hujan setiap hari.
Saya punya ros jadi macam ni, mula2 sikit, lama2 satu pokok. Saya dah ikut cara internet buanh daun, semburan air kuat. Tapi asal pucuk muda keluar terus jadi warna hitam. Bunga pun lebam. Dah banyak pokok yang mati. Sampai sekarang tak tahu nak buat apa
ReplyDelete