1) Cantas pada waktu pagi hari yang panas. Kemudian pada pada waktu petang hari yang sama semburkan pesticide+fungicide untuk menghapuskan perosak dan juga kulat. Fungicide perlu bagi mengurangkan risiko terjadinya kanker pada bahagian keratan. Tidak perlu baja pokok pada masa ini.
2) Ulangi semburan pesticide+fungicide pada hari ke-2 dan ke-3 beturut-turut selepas mencantas untuk menghapuskan 99% perosak.
3) Mula semburkan baja dalam bentuk cecair seperti foliar untuk membantu pertumbuhan pucuk dan seaweed/kelp untuk meningkatkan immuniti pokok bermula pada hari ke-4 dan anggaran 1-2 kali seminggu.
4) Jarakkan semburan pesticide+fungicide kepada 4 hari sekali.
5) Mula bajakan pokok pada medium dengan baja yang tinggi kandungan N seperti baja ikan, baja soya dan tinja ayam pada minggu pertama dan pada minggu seterusnya pembajaan pada kadar NPK biasa (2:2:1 atau 1:2:1).
6) Penjagaan pokok seperti biasa selepas 2 minggu dengan menyembur pesticide+fungicide 4-5 hari sekali dan pembajaan mingguan.
Contoh progress pokok ros di laman saya selepas dicantas.
Hard pruning pada 26/1/16
Pada 4/2/16
Pada 10/2/16
Pada 10/2/16
Pada 28/2/16
Pada 11/3/16
Terbaru.. alhamdulillah
Selamat mencuba ;)
Assalamualaikum.. saya baru sahaja berjinak-jinak dengan penanaman pokok dan terjumpa blog akak semasa tengah cari cara penjagaan pokok daisy di google.. setelah membaca blog akak saya berminat pula untuk membeli beberapa jenis pokok bunga ros.. boleh tak kalau akak berkongsi kat mana akak selalu beli pokok bunga ros akak? lawa sangat bunga ros yg akak tanam.. tq..
ReplyDeletewaalaikumusalam, t.kasih. sy ada jual pokok bunga ros, cari Norin's Garden ni FB
DeleteAssalamualaikum.. saya baru sahaja berjinak-jinak dengan penanaman pokok dan terjumpa blog akak semasa tengah cari cara penjagaan pokok daisy di google.. setelah membaca blog akak saya berminat pula untuk membeli beberapa jenis pokok bunga ros.. boleh tak kalau akak berkongsi kat mana akak selalu beli pokok bunga ros akak? lawa sangat bunga ros yg akak tanam.. tq..
ReplyDelete