disabled

Wednesday, April 22, 2015

Taman ros Norin April 2015

Hari ni sesi cuci mata je. Pokok-pokok ros ni ada musim-musim dia, ada musim sihat berbunga cantik, masa tu lah memang rasa bahagia sangat, tapi bila tuan dia kurang perhatian, cuaca pula tak menentu, mula lah ros-ros sakit, masa tu memang menguji kesabaran. Memang mencabar, tapi saya suka cabaran. hehe.. ok jom tengok ros-ros cantik di laman saya, bagi semangat kat kawan-kawan semua.

Abraham Darby rose

Pretty Jessica rose

Spirit of freedom rose

Jubilee celebration rose

Celina rose

Mary magdalene rose

Rouge royal rose

Wisley 2008

Augusta Louise rose

Abraham darby rose

James galway rose

Jubilee celebration rose

Young lycidas rose

Carding mill rose

Johann wolfgang von goethe rose
 
Crown princess margareta rose


Belle story rose

Crown princess margareta rose

Alexandrine rose

California dreaming rose

California dreaming rose

Purple passion rose


California dreaming rose

California dreaming rose

Purple passion rose

Huntington rose

Our lady of guadalupe rose

Our lady of guadalupe rose

Our lady of guadalupe rose

Disneyland rose

Janice Kellog rose

Disneyland rose




The alnwick rose


Huntington rose

Sweet juliet rose


William morris rose

Sir john betjeman rose





First lady rose

Mini eden rose



Abraham darby rose

Red piano rose

Huntington rose

Tuesday, April 21, 2015

Cara merawat penyakit scale pada pokok ros

Scale adalah sejenis serangga perosak yang biasa menyerang pokok ros. Jika dibiarkan tanpa rawatan, scale boleh melemahkan pokok dan seterusnya menyebabkan pokok mati. Rawatan seawal scale dikenalpasti adalah perlu supaya lebih mudah dihapuskan. Scale adalah seperti ini:

Ini rupa scale pada pokok saya

Cara merawat scale, cara ni saya belajar dari gang rosarians:

1) Asingkan pokok yang telah diserang scale jauh dari pokok yang lain (kuarantin) kerana scale mudah berjangkit pada pokok yang berdekatan.

2) Potong dan buangkan dahan yang telah rosak teruk diserang scale (daun dan mula layu ).

2) Ambil berus gigi yang tak guna lagi, celupkan dengan larutan RC (rose care), beruskan pada bahagian yang terdapat scale. Atau celupkan dengan larutan Malathion kemudian beruskan pada bahagian scale. Pengalaman saya, kalau dah agak teruk serangan, guna malathion baru hilang scale tu. Kalau malas nak berus, sembur je pun boleh, sembur rata Malathion pada batang yang terdapat scale. Biarkan kering.

Kebiasannya sekali rawatan scale dah hilang. Tapi kalau scale masih lagi berulang, ulangi langkah yang sama sehingga pulih.

Cara merawat penyakit kanker pada batang ros

Rose Canker (stem) merupakan antara penyakit biasa berlaku pada pokok ros. Ia disebabkan oleh sejenis fungi. Kebiasannya terjadi pada batang ros yang baru dicantas, terbiar dalam keadaan basah lama, atau pada cuaca yang lembap seperti musim hujan. Ia mudah merebak apabila pemilik ros tidak membersihkan gunting semasa mencantas ros dari satu pokok ke pokok lain. Jika dibiarkan, kanker merebak hingga ke bud union, boleh menyebabkan pokok mati. Contoh kanker pada batang ros:


Kalau dibiarkan tanda hitam akan merebak hingga ke pangkal batang utama.


Cara merawat:

1) Potong bahagian yang terkena kanker (anggaran jarak 5-6 inci dari bahagian yang sudah hitam). 
2) Semburkan fungicide ke seluruh pokok.
3) Letakkan pokok di tempat yang mendapat panas dari pagi hingga petang.

Cara mencegah:

1) Letakkan pokok ros di tempat yang panas dan berangin.
2) Cuci gunting mencantas setiap kali selepas cantas ros, saya rendam dengan clorox je.
3) Sembur fungicide secara berkala ke seluruh pokok setiap minggu.
4) Cantas ros pada waktu waktu pagi dan pada hari yang panas.

Ini antara pokok ros saya yang pernah terkena stem kanker yang dapat diselamatkan. Berbulan-bulan juga pokok kembali berbunga meriah.

Disneyland rose

Party time rose