disabled

Tuesday, April 21, 2015

Cara merawat penyakit kanker pada batang ros

Rose Canker (stem) merupakan antara penyakit biasa berlaku pada pokok ros. Ia disebabkan oleh sejenis fungi. Kebiasannya terjadi pada batang ros yang baru dicantas, terbiar dalam keadaan basah lama, atau pada cuaca yang lembap seperti musim hujan. Ia mudah merebak apabila pemilik ros tidak membersihkan gunting semasa mencantas ros dari satu pokok ke pokok lain. Jika dibiarkan, kanker merebak hingga ke bud union, boleh menyebabkan pokok mati. Contoh kanker pada batang ros:


Kalau dibiarkan tanda hitam akan merebak hingga ke pangkal batang utama.


Cara merawat:

1) Potong bahagian yang terkena kanker (anggaran jarak 5-6 inci dari bahagian yang sudah hitam). 
2) Semburkan fungicide ke seluruh pokok.
3) Letakkan pokok di tempat yang mendapat panas dari pagi hingga petang.

Cara mencegah:

1) Letakkan pokok ros di tempat yang panas dan berangin.
2) Cuci gunting mencantas setiap kali selepas cantas ros, saya rendam dengan clorox je.
3) Sembur fungicide secara berkala ke seluruh pokok setiap minggu.
4) Cantas ros pada waktu waktu pagi dan pada hari yang panas.

Ini antara pokok ros saya yang pernah terkena stem kanker yang dapat diselamatkan. Berbulan-bulan juga pokok kembali berbunga meriah.

Disneyland rose

Party time rose

2 comments:

  1. Salam. Pokok bunga ros saya dah merebak kanker ni. Dia hitam di bawah dan di batang atas tapi yang tengah masih hijau. Ada cara ke untuk saya selamatkan pokok bunga ni?

    ReplyDelete