disabled

Tuesday, April 21, 2015

Cara merawat penyakit scale pada pokok ros

Scale adalah sejenis serangga perosak yang biasa menyerang pokok ros. Jika dibiarkan tanpa rawatan, scale boleh melemahkan pokok dan seterusnya menyebabkan pokok mati. Rawatan seawal scale dikenalpasti adalah perlu supaya lebih mudah dihapuskan. Scale adalah seperti ini:

Ini rupa scale pada pokok saya

Cara merawat scale, cara ni saya belajar dari gang rosarians:

1) Asingkan pokok yang telah diserang scale jauh dari pokok yang lain (kuarantin) kerana scale mudah berjangkit pada pokok yang berdekatan.

2) Potong dan buangkan dahan yang telah rosak teruk diserang scale (daun dan mula layu ).

2) Ambil berus gigi yang tak guna lagi, celupkan dengan larutan RC (rose care), beruskan pada bahagian yang terdapat scale. Atau celupkan dengan larutan Malathion kemudian beruskan pada bahagian scale. Pengalaman saya, kalau dah agak teruk serangan, guna malathion baru hilang scale tu. Kalau malas nak berus, sembur je pun boleh, sembur rata Malathion pada batang yang terdapat scale. Biarkan kering.

Kebiasannya sekali rawatan scale dah hilang. Tapi kalau scale masih lagi berulang, ulangi langkah yang sama sehingga pulih.

No comments:

Post a Comment