1) Kawalan penyakit kulat
Sembur racun kawalan kulat (fungicide) secara bejadual. Saya semburkan daconil setiap minggu untuk mencegah black spot, kanker batang dan juga penyakit kulat yang lain. Daconil dalam bentuk serbuk, bancuh 1 sudu rata dengan 5L air dan sembur pada waktu malam.
2) Kawalan air pada medium
Untuk memastikan akar pokok tidak basah terlalu lama, pastikan medium yang digunakan bersesuaian dengan persekitaran pokok ros iaitu tidak menakung air (untuk pokok yang ditanam di dalam pasu). Pokok yang ditanam terus ke tanah kurang berisiko mengalami masalah berlebihan air pada akar. Tidak perlu siram jika hujan. Semak tanah dengan memasukkan 2 inci jari pada medium, sekiranya tanah masih basah tidak perlu disiram lagi.
3) Aktiviti yang perlu dikurangkan
Sekiranya hujan berpanjangan, kurangkan aktiviti menukar pasu sekiranya medium masih basah. Seeloknya menukar pasu ketika medium berkeadaan lembap ke kering sahaja. Ini kerana sekiranya tanah basah, dikhuatiri akar akan terganggu semasa proses mengeluarkan pokok dan medium dari pasu. Kurangkan juga aktiviti mencantas dahan-dahan ros yang bersaiz besar, cukup sekadar "dead-heading". Ini bagi mengelakkan terjadinya kanker dahan, keadaan di mana bahagian yang dipotong basah lama dan seterusnya mengundang kulat. Jika perlu mencantas dahan yang besar, gunakan "wound sealer" (biasa dijual di hypermarket) untuk menutup bahagian cantasan dari terbiar basah lama.
Jika betul caranya, ros dapat "survive" pada musim tengkujuh ini, insyaAllah.
Hye noryn..congrate for this blog! Cantik bunga2 ros noryn..subur nmpknya.tahniah
ReplyDeleteSalam akak... kalau racun mcm daconil tu kalau kita sembur berlebihan ada effect tak dkt pokok?
ReplyDeletesalam sis, pernah terbaca seeloknya musim hujan elakkan pokok berbunga kerna menjejaskan akar pokok. boleh x lakukan pinch, if dah masuk musim hujan, atau biarkan jer berbunga.
ReplyDelete