disabled

Tuesday, October 27, 2015

Tips untuk pokok ros kekal subur

Pokok bunga ros antara tanaman yang memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan ia terus hidup subur dan berbunga. Cara kekalkan pokok ros untuk terus hidup subur sebenarnya berbalik kepada asas penjagaan iaitu medium, air, baja, cahaya dan kawalan perosak (boleh rujuk post saya yang terdahulu).

1) Lokasi

Mulakan menanam ros dengan memilih lokasi yang sesuai. Ros memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari untuk ia hidup subur dan terus berbunga. Lokasi ros yang mengenai banyak cahaya matahari dan juga berangin akan membantu mengurangkan serangan penyakit pada pokok ros.  Pastikan juga medium yang digunakan sentiasa dibekalkan dengan elemen organik supaya tanah sentiasa subur dan sesuai untuk pokok ros.

2) Jenis ros

Pilih jenis ros yang bersesuaian dengan persekitaran dan juga kupayaan kita untuk menjaganya kelak. Terdapat pelbagai jenis ros seperti yang kongsikan pada post sebelum ini, ada yang renek, ada yang memanjat, ada yang "bushy", yang jenis tahan penyakit.

3) Air

Ros yang hidup di kawasan bercuaca panas semestinya memerlukan lebih air berbanding yang hidup di kawasan yang bercuaca sejuk. Siram air pada pokok secukupnya. Kekurangan air akan mengakibatkan pokok lemah, nutrein tidak dapat di serap dengan baik oleh pokok. Pokok yang lemah akan mengundang lebih banyak penyakit dan serangga perosak.

4) Cantas

Seeloknya cantas tangkai bunga yang bunganya telah kering bagi menggalakkan pertumbuhan bunga yang baru. Cantasan juga perlu bagi mengawal bentuk dan saiz pokok. Cantas dahan-dahan yang berselirat bagi menggalakkan pengudaraan pada pokok, cantas dahan-dahan tua yang tidak elok bagi menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan baru.

5) Kawalan perosak

Kawalan perosak harus dilakukan secara berkala bagi mengelakkan pokok dari diserang penyakit. Mencegah pokok dari terkena penyakit lebih mudah dari merawat pokok yang telah sakit. Jadikan rutin menyembur kawalan perosak untuk memastikan pokok sentiasa sihat tanpa gangguan penyakit. Ambil tahu jenis-jenis penyakit, tanda-tanda dan cara merawat untuk memastikan tindakan awal dapat diambil bagi menyelamatkan pokok.



My La Perla rose

1 comment:

  1. kalau pokok semambu ada tak cara nak pokok kekal siht je



    ReplyDelete