disabled

Friday, October 16, 2015

Cara hasilkan baja dari bahan terbuang di dapur

Mungkin ada yang belum tahu, kita boleh hasilkan baja untuk tanaman dari bahan terbuang di dapur sahaja, tinggal hanya rajin nak buat atau tidak je. Selain air basuhan ikan, daging, udang, hampas kopi, kulit telur, kulit pisang dan udang juga boleh dibuat baja.

Kulit udang

Kumpulkan kulit udang, kemudian tabur atas loyang dan bakar dalam oven, agak-agak bakar hingga kulit udang kering sepenuhnya. Kemudian biarkan sejuk dan kisar kering. Dah siap sumber nitrogen dan phosphorus. Ni contoh kulit udang dan telur yang saya dah bakar dalam oven kemudian kisar.


Kulit telur

Kulit telur jangan dibuang, tak kira lah telur ayam ke itik ke puyuh ke, kumpulkan kemudian jemurkan hingga kering. Kisar kering dan siap, dah boleh guna untuk tanaman, sumber calcium dan potassium disitu.

Lepas jemur, hancur-hancurkan

Kemudian kisar dan simpan

Kulit pisang

Kulit pisang kaya dengan sumber potassium. Kumpulkan kulit pisang, jemurkan kulit pisang hingga kering. Saya gunting-guntingkan kulit pisang supaya lebih cepat hancur di dalam tanah kemudian.



5 comments: