disabled

Wednesday, September 23, 2015

Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh pokok ros

Pokok ros merupakan antara jenis pokok yang memerlukan baja yang banyak (heavy feeders) untuk ia terus membesar dan berbunga. Dengan pendedahan cahaya sekurang-kurangnya 6 jam sehari, keperluan nutrien dan air yang cukup, medium yang bersaliran baik dah pada ph yang betul, pokok ros akan hidup dengan subur dan berbunga dengan banyak.

Keperluan Nutrien

Keperluan nutrien ros berbeza bergantung kepada keadaan pokok. Nutrien utama adalah N (Nitrogen), P (Phosphorus) dan K (Potassium). Nitrogen penting untuk pertumbuhan daun dan dahan, Phosphorus berfungsi menggalakan pertumbuhan akar dan bunga, Potassium berfungsi sebagai keseluruhan nutrien untuk pembesaran pokok selain mencegah penyakit pada pokok. Selain itu ros juga memerlukan calcium, magnesium, sulfur, boron, zinc, manganeses dan iron.

Jenis-jenis baja

Terdapat banyak jenis baja komersial yang terjual yang bersesuaian dengan keperluan ros. Kebiasannya dalam nisbah NPK 1:2:1. Baja organik membekalkan makro dan makronutrien yang baik untuk medium pokok ros.

Keperluan organik

Baja tinja-tinja haiwan sama ada yang sudah dikompos atau belum merupakan nutrien slow-release yang akan membantu pembesaran ros malah membantu meningkatkan kualiti tanah. Ia juga sebagai sumber Nitrogen dan juga Phosphorus. Bone meal membekalkan phosphorus dan juga calcium. Blood meal, fish meal merupakan sumber yang kaya dengan nitrogen. Baja soya juga sebagai sumber magnesium, nitrogen dan micronutrien.

Sumber nutrien yang mudah didapati

Cara paling mudah untuk mendapatkan sumber Potassium adalah dari kulit pisang. Potongkan kecil kulit pisang supaya mudah untuk nutrien dilerai dan dihasilkan dengan lebih cepat, kemudian tanam pada medium ros. Air basuhan ikan, daging juga sebagai sumber blood meal. Serbuk kopi yang telah digunakan (coffee grounds) juga kaya dengan sumber nitrogen, calcium dan magnesium pada ros. Kulit telur, jenis-jenis cengkerang tinggi dengan sumber calcium dan potassium. Kulit-kulit udang, ketam sebagai sumber nitrogen dan phosphorus.

Mineral tambahan

Antara mineral tambahan yang biasa digunakan untuk pokok ros adalah epsom salt, seaweed/kelp. Epsom salt juga membantu pembesaran pokok ros dengan membekalkan magnesium, di mana membantu pertumbuhan daun dan juga bunga. Seaweed/kelp mengandungi nutrien organik dan mineral dan juga hormon yang baik untuk pokok ros. Ia dikatakan membantu pertumbuhan pokok dan memekatkan warna bunga.

Aplikasi baja

Keperluan baja bergantung kepada keperluan pokok dan keadaan tanah. Bagi pokok yang baru dicantas, kebiasannya diberikan baja yang lebih mengikut saiz pokok. Bagi pokok yang sedang berbunga, berikan baja separuh dari jumlah baja selepas cantas.

Pokok ros harus diberikan nutrien yang seimbang bagi memastikan tumbesaran pokok yang optimum.

No comments:

Post a Comment