disabled

Tuesday, March 17, 2015

Ros-ros di laman

Sekadar berkongsi bunga-bunga ros yang berkembangan di laman. Walaupun dah hampir 2 tahun saya terjebak dengan menanam ros, masih lagi setiap pagi rasa seronok nak buka pintu nak lihat apa yang kembang pagi ni hihi.. Indahnya ciptaan yang Maha Esa.

 Sweet Juliet rose

 Sir John Betjeman rose

Charlotte rose

Mini eden rose

Mini eden rose

Belle Story rose

Molineux rose

Young Lycidas rose

Purple Passion rose

William Shakespeare 2000 rose

Jubilee Celebration rose

Abraham Darby rose

Sir John Betjeman rose

Princess alexdra of kent rose (pink) Abraham darby rose (apricot)

Our lady of guadalupe rose

Our lady of guadalupe rose

Our lady of guadalupe rose

Molineux rose

Molineux rose

Molineux rose


Johann wolfgang von goethe rose

China doll rose, the fairy rose (miniature)

Koster rose

Dream come true rose

Pretty Jessica rose

Alexandrine rose

Alexandrine rose

Magenta

Thursday, March 12, 2015

Baja dan kawalan perosak: Part 1

Selalu saya dapat pertanyaan, "pakai baja apa? pakai racun apa?". Terdapat banyak pilihan baja dan racun di pasaran, terpulang lah pada kita nak guna yang mana. ok saya nak cerita mengenai baja-baja dan racun-racun yang saya guna. Sebenarnya saya guna macam-macam jenis baja, bergantung stok yang ada je. Ini antara yang saya guna:



1) Tinja ayam
2) Soya
3) Udang
4) Tinja kambing
5) Epsom salt (RES)
6) Bone meal
7) Baja ikan (fish meal)
8) Baja rakmit
9) Baja high P
10) Rose food (Honeybee world trade)
11) Baja kopi
12) Baja merah jenama serbajadi no 47
13) Foliar pink
14) Microb & kultur
15) Osmocote

Biasanya untuk ros, saya letakkan baja setiap minggu dalam kuantiti yang bersesuaian. Contoh minggu ni saya letak soya/tinja ayam+tinja kambing+udang, minggu depan baja rakmit, minggu seterusnya bone meal+fishmeal atau rose food+udang atau high P+ res (res saya letak sebulan sekali), microb & kultur saya letak pada pokok yang baru. Foliar pink saya semburkan setiap minggu. Untuk pokok-pokok seperti daisy, petunia dan lain-lain saya guna baja kopi dan baja merah no 47.

Kawalan perosak yang saya guna yang ni je:



1) 3s (dyna+score+endure)
2) Rose care (honeybee world trade)
3) Miteless/thripless
4) Provado/Molan
5) Daconil

Saya sembur selang-selang, contohnya hari ni saya guna 3s, saya akan terus guna dalam 3 minggu, kemudian lepas 3 minggu saya guna miteless dan thripless, kemudian provado dan molan, yang ni semua lebih kepada kawalan serangga perosak. Untuk rose care saya sembur seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Untuk penyakit kulat, saya guna Daconil untuk mencegah back spot dan powdery mildew, daconil saya sembur bila perlu, terutama musim hujan.

Boleh juga bahan-bahan buangan dari dapur seperti kulit telur, kulit pisang, kulit bawang, kulit buah oren, serbuk teh dan kopi yang telah digunakan, air basuhan beras, ikan, daging, boleh dijadikan baja untuk tanaman. Sebenarnya banyak pilihan baja dan racun untuk tanaman ni, hanya tepuk dada tanyalah selera, betul tak? :)

Tuesday, March 10, 2015

Dah sembur kawalan perosak tapi pucuk masih seperti terbakar?

Ok hari ni saya nak cerita mengenai masalah ros paling biasa kita dengar: pucuk baru jadi hitam seperti terbakar, terutamanya pada musim panas. Ia disebabkan oleh perosak yang bernama Thrips, ya thrips lagi, jangan bosan hihi.. chili thrips, flower thrips, semua ni yang merosakkan pucuk-pucuk dan kudup-kudup ros kita, bukan sebab cuaca panas. Saya dah uraikan pada post yang sebelum ni berkenaan thrips, boleh baca kembali. Kali ni saya nak kongsi cara saya selesaikan masalah thrips ni step by step. Sebelum tu kenal pasti dulu tanda-tanda yang pokok telah diserang thrips. Images source from google search:





Yang ni dari pokok di rumah saya

Kordes jubilee saya, kesian dia

Ni tanda awal, kudup jadi hitam macam ni

Berbalik cerita step by step tadi. Saya bukanlah pakar tetapi cara saya ni berkesan pada pokok-pokok saya. Ok macam ni:

1) Contoh hari ini hari pertama perasan pucuk dan kudup dah mula jadi hitam-hitam, apa yang saya buat adalah terus buat water blast waktu pagi. Cerita mengenai water blast ni air harus kuat macam jet spray, sebab kalau tak kuat kurang berkesan. Lepas buat water blast, sembur kawalan perosak, apa-apa jenis pun tak apa. Sembur keseluruhan pokok termasuk tanah. (untuk bahagian pucuk dan kudup yang rosak teruk, cantaskan sahaja, tak apa nanti tumbuh yang baru yang elok insyaAllah).

2) Hari ke-2, 3, sambung buat water blast lagi pada waktu pagi, kalau ada masa buat tengahari juga. 

3) Masuk hari ke 4, selepas buat water blast, sembur lagi kawalan perosak seluruh pokok seperti biasa.

4) Hari ke-5-6, sambung buat water blast lagi pada waktu pagi, kalau ada masa buat tengahari juga. 

5) Hari ke-7 selepas buat water blast, sembur lagi kawalan perosak seluruh pokok seperti biasa.

6) Hari ke-8, kebiasannya dah mula nampak kesan, kudup baru dan pucuk baru yang tumbuh dah elok kembali. Teruskan buat water blast setiap pagi, insyaAllah pucuk dan kudup bersih dari serangan perosak, bukan sahaja thrips, macam-macam lagi seperti mites, aphids dan banyak lagi.

Ini pucuk saya yang pada awalnya dah diserang thrips, selepas lebih kurang 10 hari saya lakukan semburan perosak seiring dengan water blast, pucuk dapat bercambah kembali dan dapatlah tengok bunga dia nanti. 

Nampak kan yang daun macam terbakar kat tengah tu, tu lah yang rosak masa mula nak bercambah, kemudian dapat diselamatkan

Ini pun sama

Ini pun

Dulu saya tak cuba teknik water blast ni, asalkan nampak hitam je terus cantas, tapi nak kene tunggu pokok nak berbunga kembali lepas cantas tu lama juga, mana sabar kan hihi.. Kawan-kawan cuba lah cara ni, mana tahu menjadi juga, saya tumpang gembira je. Tapi pastikan juga tanah jangan kurang air, nanti perosak suka pada pokok yang kurang air. Selamat mencuba :)

Tuesday, March 3, 2015

Cara menanam ros di dalam pasu

Terdapat banyak jenis ros yang sesuai ditanam di dalam pasu seperti jenis-jenis miniature, floribunda, hybrid teas mahupun jenis climber. Ia sesuai untuk penanam yang mempunyai ruang yang terhad. Terdapat teknik yang perlu diketahui bagaimana menanam ros di dalam pasu.


Miniature roses saya yang di tanam di dalam pasu

1) Saiz dan jenis pasu

Pilih saiz pasu yang sesuai dengan saiz pokok. Kalau pokok yang kecil, pilihlah saiz pasu yang kecil, dan seterusnya. Pilih jenis pasu yang ringan untuk memudahkan mengangkat pasu (jika perlu). Warna dan jenis pasu juga memainkan peranan dalam mengekalkan kelembapan tanah. Warna pasu yang gelap akan menyerap haba dengan cepat dan seterunya cepat mengeringkan tanah, juga pasu jenis tanah liat (teracota). Pilihlah pasu mengikut kesesuaian lokasi ros kita. Pastikan juga terdapat lubang pada pasu untuk pengaliran air yg berlebihan ke bawah pasu. Tidak perlu letak alas pasu kerana air bertakung akan menyebabkan kanker pada akar ros.

2) Campuran medium

Terdapat banyak pilihan untuk campuran medium ros, ada juga yang dah lengkap dijual di pasaran. Campuran yang biasa saya guna adalah campuran sendiri tanah (6 in 1) (ada yang guna tanah Holand), tanah bakar merah, perlite, bone meal, osmocote, tinja ayam. Anggaran 1 bag tanah 6 in 1, tanah bakar 1/4 paket (tanah 6 in 1 yang saya guna dah banyak tanah bakar jadi saya letak suku je), perlite 2 genggam, bone meal 1 skop tanah yang kecil, osmocote segenggam, tinja ayam 1/2 paket kecil (maaflah saya tak pernah sukat tepat semua anggaran je secukup rasa heheh, ikut lah nak guna banyak mana).


Campurkan semua


Lepas itu gaulkan


3) Cara menanam

Ambil pasu yang sesuai tadi, masukkan campuran tanah tadi ke dalam pasu dalam anggaran 1/4 pasu. 
Ni saya bagi contoh masa saya nak re-pot pasu.


Kemudian masukkan pokok bersama tanah. (kalau nak tukar medium buangkan sedikit tanah, tinggalkan tanah pada akar sahaja, ada juga yang buang terus tapi saya tak mahir sebab pernah pokok mati bila saya buang kesemua tanah). Tambahkan lagi tanah campuran tadi sampai aras yang sesuai, jangan terlalu penuh sebab baja terkeluar pulak nanti masa menyiram. Macam ni


Ok, dah tanam, kemudian tambahkan habuk/potongan kayu (bark chips) pada permukaan tanah (teknik mulching), kalau ada daun-daun kering pun boleh letakkan. Teknik mulching ni optional, sesuai digunakan pada musim panas untuk mengekalkan kelembapan pada medium. Selepas itu boleh lah siramkan air pada tanah.

4) Penjagaan

Letakkan tanaman pada tempat yang mengenai cahaya matahari sekurang-kurangnya 5 jam sehari. Siram tanah pada waktu pagi atau waktu pagi dan petang pada cuaca panas. Semak tanah dengan memasukkan jari pada tanah sedalam anggaran 2.5 cm, jika tanah terasa kering, tanah perlu disiram dengan segera. Tambahkan baja yang sesuai dalam anggaran 2 minggu selepas di tanam.

Gantikan tanah dan pasu yang lebih besar selepas 2 tahun. Ros yang ditanam di dalam pasu lebih cepat menyerap nutrein tanah berbanding yang di tanam di dalam tanah terus.

Tambahkan epsom salt pada medium setiap 2 bulan (atau sebulan sekali tapi dalam kuantiti sedikit mengikut saiz pokok) untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru dan juga daun.

Monday, March 2, 2015

Bahan serta cara mengawal penyakit black spot pada ros

Cuaca di tempat kita ni susah nak jangka, bila hujan pada waktu petang atau malam dua hari berturut-turut, keesokannya mulalah ada tanda-tanda black spot pada pokok ros saya, walaupun tidak kritikal tetapi ia mudah merebak kalau dibiarkan. Biasanya saya akan sembur kawalan fungi sekurang-kurangnya seminggu sekali, jika cuaca hujan setiap hari (musim tengkujuh) saya akan sembur setiap 2 hari (boleh tahan penat sabar jela, kalau rajin angkut la pasu ros ke tempat berbumbung hihi). Sebelum tu haruslah tau apa itu penyakit back spot. Boleh rujuk post saya yang sebelum ni.


Biasa saya dengar, "dah sembur ini dan ini tapi pokok masih dijangkiti black spot", sebenarnya mungkin cara atau sukatan semburan yang kurang berkesan. Terdapat banyak produk atau method untuk kawal blackspot, tapi saya dah biasa cara saya dan setakat ni berkesan jadi saya kekal dengan cara yang sama. Saya guna Daconil (chemical) dan juga susu (apa-apa jenis susu) untuk kawalan black spot pada ros saya. Daconil ni serbuk warna putih yang perlu dibancuh. Macam ni


Ok, sukatan yang biasa saya buat, 5 liter air campur dengan daconil 1 sudu rata, rata tau jangan lebih, sudu plastik putih tu. (kalau pertama kali guna kurangkan dosage). Sembur waktu malam. Kalau nak sembur waktu pagi, kurangkan sedikit sukatan daconil, takut daun melecur pula terutama masa musim panas. Sembur keseluruhan daun-daun pokok ros. Saya biasa memang buat malam, contoh malam ni saya sembur, esok pagi jangan basahkan pokok atau buat water blast (nanti semburan hilang). Lusa baru buat water blast macam biasa, nanti akan nampak daun-daun yang dah kuning gugur, tak apa, yang masih hijau dah dilindungi. Kalau hujan hari-hari kenelah ulang lagi semburan.

Selain sembur daconil, saya juga biasanya akan sembur rose care (product honeybee world trade dari Pn Rohani Bee) dicampurkan dengan susu (gambar atas sebelah kanan sekali). Kalau ada ais campurkan dengan ais sekali. Saya sembur dalam 2 kali seminggu. Bila ada susu expired ke macam susu fresh dalam kotak tu, atau susu tepung expired ke, atau saya biasa kumpul susu anak yang tak habis simpan dalam peti sejuk, guna untuk ros. Susu juga berfungsi untuk mencegah black spot. Campuran sepatutnya 1 bahagian susu, 2 bahagian air, tapi saya tak ikut pun, campurkan apa yang ada je, tak perlu risau sangat sukatan sebab ia organik. Biasanya saya sukat 5 liter air + 5 capfull RC + 1 cawan susu (cecair). Sembur waktu pagi atau malam. Setakat ni alhamdulillah cara ni berkesan pada pokok ros saya. Selamat mencuba