disabled

Friday, December 26, 2014

Istilah-istilah yang perlu tahu dalam penjagaan pokok bunga ros

Terdapat banyak istilah sebenarnya yang perlu tahu dalam penjagaan pokok bunga ros. Saya kongsikan serba sedikit yang perlu diketahui. Sebelum tu kene tau anatomy ros dulu. (image source from google search)



Bud Union

Tempat di mana pertemuan batang ros yang di "graft" pada "rootstock". Juga tempat di mana "basal break" bercambah. Seperti gambar di atas.

Grafted rose

Pokok ros yang di "graft" pada "rootstock" untuk hidup. Cara ini biasa digunakan untuk tujuan ketahanan pokok ros dan lebih lasak (hardy) berbanding baka yang asal. Jenis ros yang biasa digunakan sebagai rootstock adalah Dr Huey rose (jenis memanjat). 




Basal Break

Dahan baru yang besar yang bercambah dari bud union. Ini contoh basal break dari pokok ros saya




New shoot

Dahan baru yang bercambah dari mana-mana bahagian dahan lain selain dari di bud union.





Sucker

Dahan baru yang bercambah dari mana-mana bahagian pada "root stock" sama ada atas atau di bawah dari "bud union". Kebanyakan terjadi pada ros jenis grafted. Sucker perlu dibuang kerana ia mengganggu pertumbuhan pokok. Antara sebab sucker terjadi adalah apabila akar pokok terganggu.


Blind Shoot

Dahan yang bercambah tanpa mengeluarkan bunga. Dahan ini perlu dicantas kerana ia menyebabkan pokok membazir makanan pada daun dari makanan untuk menghasilkan bunga. Contoh blind shoot pada pokok saya, hujungnya tidak berbunga dan tidak becambah lagi (dead end of a shoot)


Own root

Pokok yang hidup dari akarnya sendiri, dibiakkan dari biji benih atau keratan batang. 


Pegging

Teknik untuk menggalakkan pokok berbunga dengan banyak dengan cara lenturkan dahan secara menegak, hanya untuk pokok ros jenis memanjat (climber). Ini contoh pokok yang saya lakukan pegging.



Pinching

Pinching (finger pruning) merupakan teknik yang biasa digunakan oleh nurseries untuk mempercepatkan tumbesaran pokok, menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak berbanding ketinggian pokok (merimbun), selain menggalakkan pokok berbunga hampir serentak dan banyak sekaligus. Teknik ini sesuai untuk pokok ros jenis "bushy" seperti jenis Hybrid Tea, floribunda dan juga miniature.



Cluster flower

Pokok ros yang menghasilkan bunga lebih dari sekuntum setiap tangkai.

Blue for you

Leander

Gerbera Daisy dan cara penjagaannya

Gerbera daisy menjadi antara pilihan saya untuk menyerikan laman. Selain bunganya yang cantik dan tahan lama, penjagaannya tidaklah cerewet. Saya kongsikan serba sedikit cara penjagaan gerbera daisy berdasarkan pengalaman saya membelanya yang hampir 2 tahun.

1)  Gerbera daisy sesuai ditanam pada medium yang tidak menakung air, saya menggunakan tanah yang mengandungi campuran tanah bakar, sabut kelapa dan pasir. Seeloknya tukarlah kepada pasu yang lebih besar sebaik sahaja selepas dibeli.

2) Semasa menukar pasu, pastikan bahagian tengah (ubi) tidak tenggelam dengan tanah supaya pucuk dan bunga baru mudah untuk bercambah.

3) Letakkan pokok daisy ditempat yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 4 jam sehari tetapi tidak terkena hujan secara terus. Siramkan 2 kali sehari kecuali pada hari yang hujan, siram pada tanah sahaja. Gerbera daisy tidak sesuai jika dibiarkan basah dalam jangka masa yang lama yang menyebabkan bunga dan daunnya rosak.

4) Bajakan gerbera daisy dengan baja organik mahupun kimia setiap 2 minggu. Gerbera daisy juga sesuai dibajakan dengan baja dalam bentuk cecair seperti foliar yang perlu disembur pada tanah dan daun untuk menggalakkannya berbunga.

5) Buangkan daun-daun yang tua dan rosak. Jika daun terlalu banyak, buangkan sedikit daunnya. Buangkan juga bunga yang dah hampir layu bagi menggalakkan pengeluaran bunga baru. Pastikan ruang tengah pokok tidak terlindung untuk memastikan gerbera daisy terus berbunga.

6) Semburkan juga racun perosak sama ada organik atau kimia untuk memastikan pokok terus sihat.

Gerbera daisy di laman saya:

















Cara mencantas pokok bunga ros

Ramai yang mungkin tidak tahu cara yang betul mencantas pokok ros. Di sini saya kongsikan cara mencantas pokok ros yang biasa saya lakukan. Saya ambil contoh pokok Kordes Jubilee yang dah habis berbunga.


Sebelum cantas, pilih dahan yang mempunyai 5 helai daun, yang menghadap ke luar dan kemudian potong secara menyerong ke bawah supaya air tak bertakung di tempat potongan yang boleh menyebabkan penyakit kanker. Kebiasannya pucuk baru akan tumbuh kembali di "nod" teratas dan kedua atas.



Habiskan mencantas untuk setiap dahan.


Tadaaa.. dah siap



Pucuk baru akan mula tumbuh kebiasaannya dalam masa 2 minggu mengikut jenis pokok. Untuk pokok ros jenis renek tidak perlu cantasan yang panjang, cukup hanya cantas pada hujung-hujung dahan kecuali kita mahu bentukkannya kembali. Mencantas pokok ros sebenarnya mengikut kemahuan kita macamana kita nak bentukkan pokok ros kita.








Wednesday, December 17, 2014

Tips untuk ibu yang sibuk dan masih mampu menguruskan ros di laman

Ramai yang memberi alasan susah nak bela pokok ros, sibuk dengan kerja, anak-anak, suri rumah je yang sesuai bela pokok ros ni (eh ye ke). Sebenarnya kalau betul caranya, penjagaan pokok ros adalah tidak serumit yang disangka. Saya sendiri bekerja, 8 jam sehari, ada anak kecil 3 orang, masih boleh memasak, menguruskan rumah, suami dan anak-anak dan tiada pembantu ya, selain menjaga lebih 100 pokok ros. Pada saya, selagi saya masih muda, masih kuat, masih mampu lakukan, saya akan lakukan apa yang saya mahu (cewah).

1) Plan jadual
Tetapkan hanya satu rutin untuk setiap masa yang ada. Contohnya, pagi ini saya mahu menyiram, pastikan menyiram sahaja, jangan pula selitkan dengan mencantas lah, belek kumbang lah. Kebiasannya pada hari berkerja, saya luangkan 15 minit setiap pagi untuk menyiram dan buat 'water blast'. Kalau ada masa lebih sempatkan belek-belek, snap gambar ros laju-laju. Pulang dari kerja, dalam 10 minit siram lagi sekali. Waktu malam pula 20 min untuk menyembur racun, baja etc mengikut jadual menyembur (tidak lah setiap hari). Hujung minggu kebiasannya saya luangkan masa dalam 2 jam di laman untuk lakukan 'dead heading' atau pruning, sembur foliar, membaja selain menyiram dan lakukan 'water blast'. Kalau ada masa lebih saya gembur-gemburkan tanah, tambahkan tanah atau tukar pasu ikut keperluan.

2) Kenal pasti jenis ros sebelum membeli
Sebelum memilih ros untuk diletakkan di laman, kenal pasti dahulu jenis ros yang dipilih, sama ada jenis renek, shrub, memanjat, mudah dijangkiti penyakit atau tidak. (saya suka baca di web www.helpmefind.com sebelum memilih ros) Ros yang dijual di nurseri, yang tiada nama, biasanya jenis-jenis hybrid tea/cut rose/miniature. Plan dulu adakah ada banyak masa untuk selalu menyembur racun (untuk pokok yang mudah kene penyakit) ada banyak masa untuk mengikat ros jenis climber bila pokok dah besar, sesuaikah dengan persekitaran rumah kita? Ini adalah untuk memastikan tidak banyak masa akan diluangkan di laman hanya untuk ros-ros sahaja.


3) Susunan pokok yang memudahkan
Kalau boleh, susunkan pokok-pokok ros di satu tempat sahaja, atau susun secara berbaris untuk memudahkan kita selenggara pokok-pokok ini nanti. Ini kerana pokok ros memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding pokok-pokok lain. Dengan susun atur yang sesuai, masa diluangkan untuk selenggara pokok ros setiap hari dapat dikurangkan.



4) Alatan berkebun yang lengkap dan sesuai
Pastikan semua alatan untuk menyelenggara ros lengkap dan diletakkan di suatu tempat. Pastikan juga tempat alatan, baja, racun adalah di tengah laman supaya kurang masa yang diluangkan untuk berpatah balik jika tertinggal barang atau sebagainya. Labelkan juga baja-baja, cecair semburan dan sebagainya. Pastikan juga bekas-bekas baja siap diisi dengan penyeduk yang sesuai, contoh sudu besar atau kecil, atau senduk, jadi tak perlu lah fikir banyak kali jumlah baja nak diletakkan pada setiap pokok setiap kali nak membaja. Contoh alatan seperti gunting (besar dan kecil), skop tanah, penyembur racun, sarung tangan, alat penyukat cecair, skop baja, penyapu etc. Ini ruangan alatan berkebun saya, simple je.


5) Disiplin
Ya, masih lagi berbalik pada disiplin. Bila dah ada jadual penjagaan haruslah lah ikut jadual yang ditetapkan. Pokok ros tidak sesuai dibiarkan tidak dibaja, tidak disiram,tidak diracun dalam jangka masa yang lama, jadi sentiasa lah ikut jadual yang ditetapkan oleh kita sendiri. Bila kita disiplin, insyaAllah pokok-pokok ros akan hadiahkan kita dengan kuntuman yang wangi seperti ini, best kan? ;)



Monday, December 8, 2014

Cantiknya ros Spirit of Freedom

Bunga ros Spirit of Freedom ini pada pandangan saya antara yang tercantik berbunga di iklim panas dan lembap di sini. Dengan kelopak yang padat, bersusun cantik dan yang paling saya suka, berbau wangi. Tengok ini cantik kan






Pokok ros Spirit of Freedom ini sudah 6 bulan di laman saya, saya bela dari kecil lagi. Alhamdulillah dah semakin besar dan mula berbunga banyak.