Tips untuk hari ini: Cara megawal perosak seperti thrips, mites dan aphids tanpa menggunakan bahan kimia:
1) Dengan melakukan semburan air yang kuat dari hose air dengan "water pressure" setiap pagi dapat membantu mengurangkan serangan perosak, lakukan setiap hari sehingga tanda-tanda serangan hilang
2) Cantas dan buang semua bahagian yang telah diserang perosak seawal serangan disedari.
Taman ros saya 4 January15
disabled
Sunday, January 4, 2015
Cantiknya juliet ros
Ros juliet ni antara yang saya sangat suka, kelopaknya bersusun cantik dan unik, pokok pun mudah dijaga, tidak terlalu tinggi, cuma bunganya tak wangi saja. Tengok ni cantik kan
Friday, December 26, 2014
Istilah-istilah yang perlu tahu dalam penjagaan pokok bunga ros
Terdapat banyak istilah sebenarnya yang perlu tahu dalam penjagaan pokok bunga ros. Saya kongsikan serba sedikit yang perlu diketahui. Sebelum tu kene tau anatomy ros dulu. (image source from google search)
Bud Union
Tempat di mana pertemuan batang ros yang di "graft" pada "rootstock". Juga tempat di mana "basal break" bercambah. Seperti gambar di atas.
Grafted rose
Pokok ros yang di "graft" pada "rootstock" untuk hidup. Cara ini biasa digunakan untuk tujuan ketahanan pokok ros dan lebih lasak (hardy) berbanding baka yang asal. Jenis ros yang biasa digunakan sebagai rootstock adalah Dr Huey rose (jenis memanjat).
Basal Break
Dahan baru yang besar yang bercambah dari bud union. Ini contoh basal break dari pokok ros saya
New shoot
Dahan baru yang bercambah dari mana-mana bahagian dahan lain selain dari di bud union.
Sucker
Dahan baru yang bercambah dari mana-mana bahagian pada "root stock" sama ada atas atau di bawah dari "bud union". Kebanyakan terjadi pada ros jenis grafted. Sucker perlu dibuang kerana ia mengganggu pertumbuhan pokok. Antara sebab sucker terjadi adalah apabila akar pokok terganggu.
Blind Shoot
Dahan yang bercambah tanpa mengeluarkan bunga. Dahan ini perlu dicantas kerana ia menyebabkan pokok membazir makanan pada daun dari makanan untuk menghasilkan bunga. Contoh blind shoot pada pokok saya, hujungnya tidak berbunga dan tidak becambah lagi (dead end of a shoot)
Own root
Pokok yang hidup dari akarnya sendiri, dibiakkan dari biji benih atau keratan batang.
Pegging
Teknik untuk menggalakkan pokok berbunga dengan banyak dengan cara lenturkan dahan secara menegak, hanya untuk pokok ros jenis memanjat (climber). Ini contoh pokok yang saya lakukan pegging.
Pinching
Pinching (finger pruning) merupakan teknik yang biasa digunakan oleh nurseries untuk mempercepatkan tumbesaran pokok, menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak berbanding ketinggian pokok (merimbun), selain menggalakkan pokok berbunga hampir serentak dan banyak sekaligus. Teknik ini sesuai untuk pokok ros jenis "bushy" seperti jenis Hybrid Tea, floribunda dan juga miniature.
Cluster flower
Pokok ros yang menghasilkan bunga lebih dari sekuntum setiap tangkai.
Blue for you
Leander
Gerbera Daisy dan cara penjagaannya
Gerbera daisy menjadi antara pilihan saya untuk menyerikan laman. Selain bunganya yang cantik dan tahan lama, penjagaannya tidaklah cerewet. Saya kongsikan serba sedikit cara penjagaan gerbera daisy berdasarkan pengalaman saya membelanya yang hampir 2 tahun.
1) Gerbera daisy sesuai ditanam pada medium yang tidak menakung air, saya menggunakan tanah yang mengandungi campuran tanah bakar, sabut kelapa dan pasir. Seeloknya tukarlah kepada pasu yang lebih besar sebaik sahaja selepas dibeli.
2) Semasa menukar pasu, pastikan bahagian tengah (ubi) tidak tenggelam dengan tanah supaya pucuk dan bunga baru mudah untuk bercambah.
3) Letakkan pokok daisy ditempat yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya 4 jam sehari tetapi tidak terkena hujan secara terus. Siramkan 2 kali sehari kecuali pada hari yang hujan, siram pada tanah sahaja. Gerbera daisy tidak sesuai jika dibiarkan basah dalam jangka masa yang lama yang menyebabkan bunga dan daunnya rosak.
4) Bajakan gerbera daisy dengan baja organik mahupun kimia setiap 2 minggu. Gerbera daisy juga sesuai dibajakan dengan baja dalam bentuk cecair seperti foliar yang perlu disembur pada tanah dan daun untuk menggalakkannya berbunga.
5) Buangkan daun-daun yang tua dan rosak. Jika daun terlalu banyak, buangkan sedikit daunnya. Buangkan juga bunga yang dah hampir layu bagi menggalakkan pengeluaran bunga baru. Pastikan ruang tengah pokok tidak terlindung untuk memastikan gerbera daisy terus berbunga.
6) Semburkan juga racun perosak sama ada organik atau kimia untuk memastikan pokok terus sihat.
Gerbera daisy di laman saya:

Cara mencantas pokok bunga ros
Ramai yang mungkin tidak tahu cara yang betul mencantas pokok ros. Di sini saya kongsikan cara mencantas pokok ros yang biasa saya lakukan. Saya ambil contoh pokok Kordes Jubilee yang dah habis berbunga.
Sebelum cantas, pilih dahan yang mempunyai 5 helai daun, yang menghadap ke luar dan kemudian potong secara menyerong ke bawah supaya air tak bertakung di tempat potongan yang boleh menyebabkan penyakit kanker. Kebiasannya pucuk baru akan tumbuh kembali di "nod" teratas dan kedua atas.
Habiskan mencantas untuk setiap dahan.
Tadaaa.. dah siap
Pucuk baru akan mula tumbuh kebiasaannya dalam masa 2 minggu mengikut jenis pokok. Untuk pokok ros jenis renek tidak perlu cantasan yang panjang, cukup hanya cantas pada hujung-hujung dahan kecuali kita mahu bentukkannya kembali. Mencantas pokok ros sebenarnya mengikut kemahuan kita macamana kita nak bentukkan pokok ros kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)