disabled

Thursday, December 17, 2015

Pokok ros kegemaran Part 1

Kalau ditanya ada berapa banyak jenis ros dalam koleksi saya, jawapan saya adalah anggaran seratus. Saya hadkan sebab laman dah penuh selain kekangan masa untuk menjaganya. Saya sangat sukakan English rose (David Austin roses) kerana bunganya yang cantik dan wangi selain pokoknya kebiasannya jenis tahan penyakit. Saya juga suka jenis ros bersaiz sederhana kerana lebih mudah dijaga. Terdapat banyak jenis ros kegemaran saya, antaranya:

1) Ros Our Lady of Guadalupe

Pokok ros signature di laman saya sebab paling popular hehe.. Olog jenis floribunda, mudah dijaga, tak perlu grooming sangat, jarang terkena penyakit, saiz pokok pun sederhana dan bunganya wangi, tahan di pokok lebih seminggu. Paling best bunga dia yang sentiasa lebat, membuatkan sesiapa yang terpandang pasti terpikat.. eceh..




2) Ros Huntington

Ros ni jenis memanjat, perlu sokongan untuk ia terus membesar. Saya sukakan bunganya yang banyak setiap tangkai bila berbunga selain berbau wangi. Ros ni cepat membesar, saya ikatkan ia pada arch.




3) Ros Spirit of Freedom

SOF ni antara ros yang paling banyak jumlah kelopaknya. Pada peringkat awal saya bela ia jarang berbunga, setelah hampir 6 bulan mula berbunga lebat tanpa henti hingga sekarang. Pokoknya jenis berdahan tegap, boleh dijadikan memanjat ataupun dibiarkan merimbun. Wangi laman bila bunganya kembang. Cantik sangat SOF ni cuma sayang bunganya cepat luruh.




4) Ros Claude Brasseur

Antara koleksi ros ungu saya. CB ni jenis hybrid tea. Sepanjang saya bela bunganya tak pernah putus. Bunganya sangat wangi dan tahan lama.




5) Ros Crown Princess Margareta

CPM ni antara ros tercantik di laman dengan susunan kelopak yang cuppy ketika mula2 kembang. Ia mempunyai dahan yang perlukan sokongan, saya pilih ia untuk diikat di arch bersama huntington. Bunganya wangi, tahan lama hampir seminggu, walaupun tidak selebat huntington, bunganya banyak dari setiap dahan.




6) Ros Abraham Darby

Dari awal saya bela hingga sekarang bunganya tidak pernah putus. Pokoknya tidak terlalu besar, saya latih ia sebagai shrub. Bunganya wangi, maksima 5 kuntum sedahan, tahan lama anggaran 5 -7 hari bergantung kepada cuaca.




7) Ros Alexandrine

Ros warna krim-apricot yang sangat wangi. Pokoknya jenis berdahan lebat dan menegak, selain tidak putus berbunga. Saya sukakan susunan kelopaknya yang berpusar dan bulat hingga lerai. Ia jenis hybrid tea tetapi bunganya lebih sekuntum dari sedahan.




8) Ros Pope John Paul II

Ros putih kegemaran saya yang sangat wangi dan tahan lama. Pokoknya jenis hybrid tea, bersaiz sederhana dan mudah dijaga. Saya suka potong bunganya dan diletakkan di dalam pasu sebagai hiasan bilik.




9) Ros Molineux

Antara ros yang sentiasa berbunga lebat di laman. Bunganya berbau sedikit wangi. Pokoknya jenis berbunga menegak dan bersaiz sederhana. Walaupun ia cepat gugur, bunga sentiasa kembang silih berganti.




10) Ros William Shakespeare 2000

Atau nama singkat ia, WS2k, memiliki bunga yang sangat wangi dan susunan kelopaknya yang berpusar ketika mula2 kembang. Saiz pokoknya kecil dan mudah dijaga. Saya hanya lakukan dead-head kerana saiz pokoknya yang kecil. Bunganya tahan dipokok anggaran 5 hari.




11) Ros Dream Come True

Ros jenis colour-blend yang sangat rajin berbunga. Pokoknya jenis grandiflora, berdahan lebat serta tidak putus berbunga. Warna bunganya berubah-ubah dari awal kembang hingga hampir gugur. Bunganya berbau wangi sedikit dan jenis tahan lama.




12) Ros Purple Passion

Pokok PP adalah jenis grandiflora, berdahan lebat, besaiz sederhana. Bunganya sangat wangi dan lebat, anggaran tahan lama 5 hari dipokok. Sepanjang saya bela PP bunganya sentiasa meriah.




13) Ros Johann wolfgang von goethe

Jangan terpedaya dengan namanya, bunganya ayu tau malah wangi hehe.. Pokoknya jenis hyberid tea, sedang-sedang je saiznya, jenis merimbun. Bunganya tahan lama anggaran seminggu dan rajin berbunga.




14) Ros The alnwick

The alnwick jenis sedang2 pokoknya, merimbun dan mudah dibela. Bunganya bersaiz sedang, kelopaknya unik berbentuk seakan teratai dan berbau wangi seperti buah. Bila cuaca sejuk atau nak ke malam bunganya akan seolah tertutup membulat. 




15) Ros Juliet

Jenis cut rose avid Austin paling saya suka. Susunan kelopaknya yang sangat cantik, serta tahan lama di pokok. Bunganya berbau wangi sedikit, hampir tidak berbau. Pokoknya bersaiz sederhana dan jenis mudah dibela. 




16) Ros Jubilee Celebration

Antara koleksi David Austin terawal saya. Pokoknya bersaiz medium, bunganya dan meriah selalu hanya cepat lerai. Bunga besar dan tertunduk bila kembang, sangat cantik.




17) Ros California dreamin

Jenis hybrid tea yang sangat cantik, pokoknya bersaiz medium, sesuai dijadikan cut rose. Bunganya wangi, tona warna dia sangat cantik.




18) Ros Beverly

Antara koleksi terawal, rajin berbunga selain bunganya yang sangat wangi. Beverly jenis hybrid tea, saiz pokok sederhana, bila berbunga meriah wangi jadinya laman.




19) Ros Sweet Juliet

Ros Sweet juliet ni saya sangat suka sebab bunganya yang wangi dan pokoknya yang jenis tahan penyakit blackspot. Jenis David Austin, pokoknya meninggi, boleh dilatih menjadi climber atau shrub.



20) Ros Mary Magdalene

Mary Magdalene ni pada awalnya saya bela sangat lambat membesar, tetapi setelah beberapa bulan pokoknya mula subur dan meriah dengan bunga. Bunganya wangi, saiz pokok sederhana, bunga jenis menegak.