disabled

Friday, November 13, 2015

Penjagaan pokok ros pada musim hujan

Setiap tahun, bermula bulan November maka bermulalah musim tengkujuh. Untuk rosarian, musim tengkujuh adalah musim yang mencabar kerana pokok mudah dijangkiti penyakit seperti black spot dan kanker. Untuk saya tahun ini adalah tahun ke-3 menempuh musim tengkujuh. Antara tips yang saya amalkan seperti di bawah.

1) Kawalan penyakit kulat

Sembur racun kawalan kulat (fungicide) secara bejadual. Saya semburkan daconil setiap minggu untuk mencegah black spot, kanker batang dan juga penyakit kulat yang lain. Daconil dalam bentuk serbuk, bancuh 1 sudu rata dengan 5L air dan sembur pada waktu malam.

2) Kawalan air pada medium

Untuk memastikan akar pokok tidak basah terlalu lama, pastikan medium yang digunakan bersesuaian dengan persekitaran pokok ros iaitu tidak menakung air (untuk pokok yang ditanam di dalam pasu). Pokok yang ditanam terus ke tanah kurang berisiko mengalami masalah berlebihan air pada akar. Tidak perlu siram jika hujan. Semak tanah dengan memasukkan 2 inci jari pada medium, sekiranya tanah masih basah tidak perlu disiram lagi.

3) Aktiviti yang perlu dikurangkan

Sekiranya hujan berpanjangan, kurangkan aktiviti menukar pasu sekiranya medium masih basah. Seeloknya menukar pasu ketika medium berkeadaan lembap ke kering sahaja. Ini kerana sekiranya tanah basah, dikhuatiri akar akan terganggu semasa proses mengeluarkan pokok dan medium dari pasu. Kurangkan juga aktiviti mencantas dahan-dahan ros yang bersaiz besar, cukup sekadar "dead-heading". Ini bagi mengelakkan terjadinya kanker dahan, keadaan di mana bahagian yang dipotong basah lama dan seterusnya mengundang kulat. Jika perlu mencantas dahan yang besar, gunakan "wound sealer" (biasa dijual di hypermarket) untuk menutup bahagian cantasan dari terbiar basah lama.

Jika betul caranya, ros dapat "survive" pada musim tengkujuh ini, insyaAllah.