disabled

Tuesday, June 16, 2015

Cara saya pulihkan ros yang "stress"

Pokok ros yang dibeli dari penjual tak selalunya sihat dan cantik, yang sihat dan cantik tu belum tentu akan kekal cantik di tangan kita. Kebanyakan ros yang saya beli di laman bermula dengan pokok yang kecil dan "stress" kerana berada berhari-hari di dalam lori sebelum sampai ke tempat penjual dan kemudian dibeli dan dibawa balik ke rumah, atau pun beli secara pos. Jangan risau, ros tidak akan mati, hanya perlu pulihkan ia dengan cara yang betul. Ini pokok ros yang saya beli melalu pos tetapi lambat sampai hingga hampir 13 hari.


Nampak macam tak ada harapan kan? Saya tawakkal je masa tu, batang pokok masih hijau bermakna pokok ada harapan pulih. Saya cerita pokok yang sebelah kanan tu, yang sebelah kiri tu hidup jugak tapi saya dah jual.

Jadi apa yang saya buat, sampai je di rumah, saya terus buat campuran tanah (tak perlu baja), kemudian tanam. Kemudian siram dengan air yang banyak (deep watering). Potong dahan yang dah berwarna coklat, sembur kawalan perosak dan letakkan pokok di tempat redup.

Hari kedua dan seterusnya, siram seperti biasa (saya siram ros saya 2 kali sehari). Pindahkan ke tempat yang dapat sedikit cahaya anggaran 8 pagi - 12 tengah hari.

Hari keempat, saya letakkan pokok pada tempat yang dapat cahaya matahari dari pagi hingga ke petang. Saya semburkan baja cecair foliar selang 2 hari diselang-selikan dengan rose care.

Selepas seminggu baru lah saya letakkan baja untuk daun (tinggi Nitrogen) organik. Seterusnya penjagaan ros seperti biasa. Alhamdulillah pokok pulih dan berbunga cantik.


Selepas sebulan, dah mula berbunga. Alhamdulillah


Selepas lebih 3 bulan



Ini lah pokok William Shakespeare 2000 kesayangan saya yang masih hidup hingga sekarang. Syukur alhamdulillah. Apa pun kita hanya berusaha, Allah yang tentukan.

No comments:

Post a Comment