Jadi apa yang saya buat, sampai je di rumah, saya terus buat campuran tanah (tak perlu baja), kemudian tanam. Kemudian siram dengan air yang banyak (deep watering). Potong dahan yang dah berwarna coklat, sembur kawalan perosak dan letakkan pokok di tempat redup.
Hari kedua dan seterusnya, siram seperti biasa (saya siram ros saya 2 kali sehari). Pindahkan ke tempat yang dapat sedikit cahaya anggaran 8 pagi - 12 tengah hari.
Hari keempat, saya letakkan pokok pada tempat yang dapat cahaya matahari dari pagi hingga ke petang. Saya semburkan baja cecair foliar selang 2 hari diselang-selikan dengan rose care.
Selepas seminggu baru lah saya letakkan baja untuk daun (tinggi Nitrogen) organik. Seterusnya penjagaan ros seperti biasa. Alhamdulillah pokok pulih dan berbunga cantik.
Selepas sebulan, dah mula berbunga. Alhamdulillah
Selepas lebih 3 bulan
Ini lah pokok William Shakespeare 2000 kesayangan saya yang masih hidup hingga sekarang. Syukur alhamdulillah. Apa pun kita hanya berusaha, Allah yang tentukan.