Ni sprayer yang ada yang saya guna sekarang ni, setakat ni semua elok lagi kecuali yang kiri sekali tu nozzle dia dah terpatah, dah gam tapi ada potensi patah lagi jadi saya beli lain sebagai back up yang tutup biru tu hehe.. Yang kecil-kecil tu saya guna untuk sembur foliar pada pokok daisy dan strawberry.
Pump sprayer ni perlu dijaga dengan elok untuk elakkannya dari cepat rosak, antara tips penjagaan yang saya belajar dari penjual:
1) Jangan biarkan bancuhan racun/baja dan sebagainya terbiar di dalam pump sprayer. Ini kerana bancuhan tu bersifat asid atau beralkali, kalau dibiarkan ia akan menghakis bahagian dalam penyembur dah menyebabkan pam mudah rosak.
2) Bilas alat penyembur setiap kali selepas guna dan keringkan ia. Buka juga bahagian depan nozzle dan basuh kerana kadang-kadang terdapat bendasing yang menyebabkan nozzle tersumbat.
Yang kedua saya nak cerita pasal hose nozzle untuk lakukan water blast pada pokok. Saya ada dua jenis macam ni.
Yang warna hijau tu ada 7 jenis sprayer kita boleh pilih, memang best (boleh main-main hehe), tapi saya tetap suka guna yang biru tu sebab yang warna hijau tu bila pasang pada hose, tekanan air dalam hose sangat tinggi, selalu tercabut dari hose masa menyembur, walaupun dah ikat guna pengetat hose yang besi tu apa tah nama dia. Itu saya lah tak pastila kawan-kawan macamana.
Yang ketiga nak cerita pasal gunting. Saya guna 3 jenis gunting (terlupa pulak nak ambil gambar) nanti saya update semula, pinjam gambar google dulu.
Terdapat pelbagai jenis gunting di pasaran, ada untuk light pruning, ada untuk hard pruning. Kalau boleh beli lebih dari 1 gunting untuk lain-lain kegunaan.
1) Sebelum memotong pastikan gunting benar-benar tajam untuk menghasilkan cantasan yang sempurna.
2) Rendam gunting dengan alkohol setiap kali selepas digunakan untuk mengelakkan penyakit ros berjangkit dari 1 pokok ke 1 pokok melalui gunting. (saya takde alkohol jadi saya rendam dengan fungicide je kadang dengan air bersabun basuh hehe)
3) Jangan campur adukkan kegunaan gunting, contohnya gunting untuk mencantas guna untuk memotong wayar, nanti gunting cepat tumpul.
Setakat ni je dulu nanti saya sambung lagi berkenaan alatan berkebun ya :)