disabled

Friday, July 24, 2015

Teknik pegging pada pokok ros

Apa itu pegging ros? Pegging merupakan teknik untuk menggalakkan pokok berbunga dengan banyak dengan cara lenturkan dahan secara menegak. Jika pokok ros yang dibela jenis tumbuh meninggi (5-7 kaki) dan berdahan mudah lentur, boleh cuba teknik pegging ni.

Pegging roses image source from www.rosenotes.com



Ini contoh pokok yang saya lakukan pegging. Saya keluarkan dari rimbunan sebab nak bagi nampak hasil pegging tu, macam ni



Ni pokok charming piano saya yang berjaya berbunga kesemua dari pucuk yang tumbuh selepas dilentur. Bila pucuk yang tumbuh tak mengeluarkan bunga (jadi blind shoot) tu bermakna ada lah yang kurang sama ada baja atau air.


Yang ni self-pegging pokok leander saya.

   

Friday, July 3, 2015

Jatuh cinta dengan "English rose" lagi

Saya merupakan antara peminat "English rose". Anggaran 60%  ros di laman saya merupakan jenis "English rose". Saya sangat sukakan baunya dan juga susunan kelopaknya yang cantik. Siapa sangka "English rose" dapat berbunga cantik di cuaca Malaysia yang panas ni. Jom cuci mata dengan jenis "English rose" kesayangan saya Spirit of Freedom dan Abraham Darby yang kembang baru-baru ini.












Tips penjagaan pokok ros pada musim panas

Cuaca yang tidak menentu merupakan cabaran besar bagi rosarian, baik musim panas mahupun hujan. Di sini saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman saya cara penjagaan pokok ros pada musim panas.

1) Pastikan pokok sentiasa disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari, kalau boleh 3 kali, pagi, tengahari dan petang, terutamanya pokok yang ditanam di dalam pasu. Pokok yang selalu skip2 siraman mudah diserang perosak kerana perosak suka pada pokok yang kekurangan air dan lemah.

2) Rajin2 lakukan water blast/jet spray pada pokok pada waktu terdapat matahari terik untuk menghalau perosak.

3) Semburkan kawalan perosak secara kerap (2 hari sekali), kalau jenis organik setiap hari, pada waktu redup atau malam. Sembur kawalan perosak yang berlainan setiap kali menyembur kawalan perosak, contohnya hari ini pesticide A, untuk semburan hari seterusnya pesticide B, juga harus selang-selangkan dengan pesticide jenis organik dan kimia.

4) Cara semburan kawalan perosak haruslah betul, dengan menyembur dari bawah ke atas pokok, juga semburkan kawalan perosak pada bahagian tanah untuk menghapuskan perosak terutamanya thrips.

Tips seperti di atas ni saya hanya mampu lakukan pada waktu cuti sahaja, pada waktu bekerja, jadual saya mudah je, waktu pagi sebelum pergi kerja siram+water blast, balik kerja, siram lagi, setiap selang 2 malam saya sembur kawalan perosak berlainan setiap kali menyembur. Itu pun sudah memadai. Kalau dapat lakukan semua di atas lebih baik, insyaAllah bunga dapat kembang cantik dan tak ada pucuk hitam lagi walaupun cuaca panas terik.

Keira rose