disabled

Tuesday, May 12, 2015

Teknik pinching pada pokok ros (finger pruning)

Pinching (finger pruning) merupakan teknik yang biasa digunakan oleh nurseries untuk mempercepatkan tumbesaran pokok, menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak berbanding ketinggian pokok (merimbun), selain menggalakkan pokok berbunga hampir serentak dan banyak sekaligus. Teknik ini sesuai untuk pokok ros jenis "bushy" seperti jenis Hybrid Tea, floribunda dan juga miniature. Apabila pokok ros dibuang semua pucuk dan kudup, tenaga dapat disimpan untuk pertumbuhan akar daripada digunakan untuk menghasilkan bunga. Sebab itu pokok yang baru dibeli dan dipindahkan ke tempat baru harus dibuang semua kudup dan pucuk baru yang ada supaya tenaga pada pokok dapat disalurkan untuk menguatkan akar dan seterusnya menghasilkan pokok yang lebih sihat serta memudahkan penyesuaian pokok pada persekitaran baru.

Untuk memastikan pokok kelihatan sentiasa berbunga, teknik pinching secara separa dilakukan, contohnya ada 10 pucuk yang baru tumbuh, buangkan 5 kudup biarkan 5 kudup lagi, jadi 5 kudup akan kembang, bila 5 kudup yang kembang mulai layu, akan berganti dengan 5 kudup baru yang telah di pinch sebelum ni, jadi pokok akan kelihatan seperti sentiasa berbunga. Ini biasa dilakukan pada ros yang ditanam untuk tujuan pameran.

Bila dan bagaimana?

Apabila pokok mula menghasilkan pucuk dan kudup (biasanya berwarna merah), patahkan menggunakan jari pada bahagian yang terdapat 1 set dengan 5 daun. Sebenarnya patahkan saja panjang mana pun ikut yang kita rasa sesuai (batang lembut), kerana kebiasannya pucuk baru akan tumbuh sebanyak 2/3 dari bawah pucuk yang telah dipatahkan, buat anggaran saja. Setelah pucuk di "pinch", lebih banyak pucuk akan tumbuh berbanding 1 pucuk yang sebelum ini, ini akan menjadikan pokok lebih merimbun.

Ni contoh pinching yang saya buat, untuk pucuk-pucuk baru, petik patahkan guna kuku ibu jari, buat dengan lemah lembut ya, hihi..  ada yang petik terus dari bahagian bercambah, ikut kita nak pinch macamana, ni cara saya


Lepas pinching


Dalam lebih kurang 2 minggu akan naik pucuk baru yang lebih banyak dari tempat yang dah di pinch


Atau pun cara disbudding, yang ni saya guna gunting mencantas sebab dahan dah liat, potong bud yang dah ada dan juga pucuk yang ada. 


Lepas di pinching


Sebenarnya soft pruning ni sama je konsep dia seperti pruning ros yang biasa, bezanya bila kita cantas dari pucuk, masa untuk pokok membesar dapat disingkatkan. Pokok yang dah establish tak perlu dilakukan pinching, cukup sekadar pruning biasa.

Kelebihan teknik pinching

1) Pertumbuhan akar pokok yang lebih cepat (establish)
2) Menggalakkan pertumbuhan dahan baru
3) Menghasilkan bunga yang lebih banyak
4) Memulihkan pucuk yang rosak atau tidak sempurna dan digantikan dengan pucuk yang  baru yang lebih sihat

Teknik pinching ini bukan hanya sesuai pada ros, juga sesuai dilakukan pada semua jenis tanaman untuk menghasilkan lebih banyak dahan dan juga bunga.

1 comment:

  1. Perkongsian yg sgt menarik..teruja saya nk lakukan kaedah ni pada pokok2 ros saya...tq..

    ReplyDelete