Ros Molinuex ni antara ros jenis DA warna kuning yang pertama saya miliki. Tertarik dengan warnanya yang terang dan bunganya yang banyak, memang cantik dijadikan sebagai penghias laman. Jom kita cuci mata dengan gambar-gambar cik Moli ni di laman saya.
disabled
Wednesday, May 27, 2015
Wednesday, May 13, 2015
Cantiknya ros Our Lady of Guadalupe
Ros Our Lady of Guadalupe atau nama panggilan famous dia Olog saya bela dari kecil sejak Ogos 2013. Sudah setahun 8 bulan juga ros ni dilaman, pernah juga diserang scale, nasib baik dirawat cepat dah pulih dan hidup sehingga sekarang.
Saya sangat suka ros ni sejak melihat post gang rosarian di FB, kebetulan ada terjual terus lah sambar hehe.. Ros ni jenis floribunda, saiz pokok sedang-sedang je, saiz bunga pun sedang dan wangi, bunganya.. fuhh memang tak pernah mengecewakan tuan dia. Jom layan gambar terbaru olog dilaman saya.

Tuesday, May 12, 2015
Teknik pinching pada pokok ros (finger pruning)
Pinching (finger pruning) merupakan teknik yang biasa digunakan oleh nurseries untuk mempercepatkan tumbesaran pokok, menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak berbanding ketinggian pokok (merimbun), selain menggalakkan pokok berbunga hampir serentak dan banyak sekaligus. Teknik ini sesuai untuk pokok ros jenis "bushy" seperti jenis Hybrid Tea, floribunda dan juga miniature. Apabila pokok ros dibuang semua pucuk dan kudup, tenaga dapat disimpan untuk pertumbuhan akar daripada digunakan untuk menghasilkan bunga. Sebab itu pokok yang baru dibeli dan dipindahkan ke tempat baru harus dibuang semua kudup dan pucuk baru yang ada supaya tenaga pada pokok dapat disalurkan untuk menguatkan akar dan seterusnya menghasilkan pokok yang lebih sihat serta memudahkan penyesuaian pokok pada persekitaran baru.
Untuk memastikan pokok kelihatan sentiasa berbunga, teknik pinching secara separa dilakukan, contohnya ada 10 pucuk yang baru tumbuh, buangkan 5 kudup biarkan 5 kudup lagi, jadi 5 kudup akan kembang, bila 5 kudup yang kembang mulai layu, akan berganti dengan 5 kudup baru yang telah di pinch sebelum ni, jadi pokok akan kelihatan seperti sentiasa berbunga. Ini biasa dilakukan pada ros yang ditanam untuk tujuan pameran.
Bila dan bagaimana?
Apabila pokok mula menghasilkan pucuk dan kudup (biasanya berwarna merah), patahkan menggunakan jari pada bahagian yang terdapat 1 set dengan 5 daun. Sebenarnya patahkan saja panjang mana pun ikut yang kita rasa sesuai (batang lembut), kerana kebiasannya pucuk baru akan tumbuh sebanyak 2/3 dari bawah pucuk yang telah dipatahkan, buat anggaran saja. Setelah pucuk di "pinch", lebih banyak pucuk akan tumbuh berbanding 1 pucuk yang sebelum ini, ini akan menjadikan pokok lebih merimbun.
Ni contoh pinching yang saya buat, untuk pucuk-pucuk baru, petik patahkan guna kuku ibu jari, buat dengan lemah lembut ya, hihi.. ada yang petik terus dari bahagian bercambah, ikut kita nak pinch macamana, ni cara saya
Kelebihan teknik pinching
1) Pertumbuhan akar pokok yang lebih cepat (establish)
2) Menggalakkan pertumbuhan dahan baru
3) Menghasilkan bunga yang lebih banyak
4) Memulihkan pucuk yang rosak atau tidak sempurna dan digantikan dengan pucuk yang baru yang lebih sihat
Teknik pinching ini bukan hanya sesuai pada ros, juga sesuai dilakukan pada semua jenis tanaman untuk menghasilkan lebih banyak dahan dan juga bunga.

Lepas pinching
Dalam lebih kurang 2 minggu akan naik pucuk baru yang lebih banyak dari tempat yang dah di pinch
Atau pun cara disbudding, yang ni saya guna gunting mencantas sebab dahan dah liat, potong bud yang dah ada dan juga pucuk yang ada.
Lepas di pinching
Sebenarnya soft pruning ni sama je konsep dia seperti pruning ros yang biasa, bezanya bila kita cantas dari pucuk, masa untuk pokok membesar dapat disingkatkan. Pokok yang dah establish tak perlu dilakukan pinching, cukup sekadar pruning biasa.
1) Pertumbuhan akar pokok yang lebih cepat (establish)
2) Menggalakkan pertumbuhan dahan baru
3) Menghasilkan bunga yang lebih banyak
4) Memulihkan pucuk yang rosak atau tidak sempurna dan digantikan dengan pucuk yang baru yang lebih sihat
Teknik pinching ini bukan hanya sesuai pada ros, juga sesuai dilakukan pada semua jenis tanaman untuk menghasilkan lebih banyak dahan dan juga bunga.
Subscribe to:
Posts (Atom)