disabled

Monday, November 24, 2014

Kawalan kutu thrips pada pokok bunga ros

Thrips oh thrips, rasanya serangga yang paling liat nak hilang walaupun guna pesticide adalah thrips. Penat, kadang macam nak give up. Sebelum tu jom kita berkenalan dulu apa itu thrips dan apa yang thrips buat pada ros kita. (Photos of thrips and infected plants are from google images searches)

Thrips yang belum matang berwarna jernih biasa ada pada bawah daun, pucuk-pucuk baru dan juga kudup yang belum kembang.


Thrips yang matang biasanya berwarna hitam, saya sering jumpanya di dalam kelopak ros yang dah kembang bahagian tengah-tengah. Cuba lah belek ros anda


Apa yang thrips buat pada ros kita? Haa kalau tengok ros kita jadi macam ini, itu tanda-tanda sudah ada serangan thrips lah tu.




Geram kan? Saya suka cuba-cuba pada pokok sendiri dan jumpa cara yang boleh diguna pakai selepas ni. Ini yang saya buat:   
                                
1) Thrips aktif pada cuaca panas, juga pada pokok yang tanahnya kurang air, jadi kena pastikan medium tidak terlalu kering. Saya siram 2 kali sehari, kalau hujan sekali sahaja, semak tanah jangan sampai terlalu kering berdebu. Medium juga harus jenis yang bukan takung air. (untuk medium boleh rujuk pada post saya yang sebelum ini)                 

2) Thrips dan serangga perosak yang lain juga immune pada 1 jenis pesticide pada jangka waktu yang lama, jadi saya tukar-tukar pesticide/fungicide setiap 21 hari, saya sembur setiap 4 hari.

3) Lakukan semburan air secara kuat (water blast) setiap pagi, sehingga serangan nampak berkurangan (biasanya 1 minggu), selepas itu jarakkan dalam 3 hari sekali. Jangan risau pokok ros tidak rosak.   
                                              
Ini cara yang saya lakukan untuk mengawal kehadiran thrips dan juga serangga lain. Alhamdulillah berkesan pada ros saya . Selamat mencuba! Jom cuci mata pokok ros yang sihat tanpa gangguan thrips.












Sunday, November 16, 2014

Asas penjagaan pokok bunga ros

Sebelum memilih pokok bunga ros sebagai pilihan tanaman di laman, seharusnya hendaklah mengetahui serba sedikit asas penjagaan pokok bunga ros. Penjagaan pokok bunga ros tidaklah rumit sekiranya kita tahu asas penjagaannya. Di sini saya kongsikan asas penjagaan pokok bunga ros yang saya ketahui:

1) MEDIUM
Pokok bunga ros amat sesuai di tanam pada medium yang tidak menakung air, medium ros haruslah mengandungi campuran sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar. Kebiasannya selepas membeli pokok ros dari nurseri, saya akan terus tukar kepada pasu yang lebih besar. Buat campuran tanah, tambahkan sedikit baja organik seperti tinja ayam dan udang, kemudian gaulkan dan tanam pokok ros seperti biasa.

2) AIR
Air yang cukup adalah perlu untuk pastikan pokok ros hidup subur. Siram pada waktu pagi dan juga petang. Sekiranya siraman dilakukan selepas 5 petang, seeloknya elakkan siraman terkena pada daun, untuk mengelakkan terjadinya penyakit blackspot. Sekiranya hujan, sekali siraman sudah memadai, semak keadaan tanah, sekiranya masih basah tak perlu disiram lagi.

3) CAHAYA DAN PENGUDARAAN
Pokok bunga ros memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam pendedahan kepada cahaya matahari untuk pokok terus berbunga. Pastikan juga pokok ros diletakkan pada tempat yang bukan sahaja kena cahaya matahari, malah pengudaraan yang baik. Pokok ros yang kurang mendapat pendedahan cahaya matahari dan pengudaraan lebih terdedah kepada penyakit. Bagi pokok ros yang dibeli dari kawasan tanah tinggi, proses penyesuaian perlu dilakukan supaya pokok tidak 'terkejut' dengan persekitaran baru. Letakkan pokok pada tempat yang teduh tetapi mendapat sedikit cahaya matahari selama seminggu, kemudian selepas itu barulah diletakkan pada tempat yang mendapat cahaya matahari penuh.

4) BAJA
Terdapat pelbagai jenis pilihan baja untuk ros. Pokok ros sesuai dibajakan dengan baja organik seperti tinja ayam, tinja kambing, baja soya, baja udang, baja ikan, bone meal juga boleh digunakan baja kimia, tetapi penggunaan baja kimia haruslah diselang selikan dengan baja organik, kerana baja kimia bertindak cepat dan kebiasannya tidak menyimpan nutrein di dalam tanah. baja kimia juga harus digunakan mengikut sukatan seperti yang ditetapkan, terlebih baja kimia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pokok ros malah boleh menyebabkan pokok ros mati. Bajakan pokok ros dalam sela masa seminggu atau dua minggu sekali. bajakan juga pokok ros dengan baja jenis cecair seperti foliar dan sebagainya yang dibancuh lalu disembur pada daun dan batang pokok untuk kesan pertumbuhan yang lebih cepat. Untuk jangka masa tertentu, tambahkan epsom salt pada tanah untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru (basal break).

5) KAWALAN PEROSAK
Kawalan perosak harus dilakukan secara berkala bagi megelakkan pokok ros diserang penyakit. Semburkan racun serangga sama ada jenis organik atau kimia sekurang-kurangnya seminggu sekali pada seluruh pokok. Mencegah pokok yang belum sakit lebih mudah dari merawat pokok yang sudah sakit. Langkah keselamatan harus diambil kira sebelum menyembur racun.

6) CANTASAN
Apabila bunga ros sudah mulai kering atau lerai, cantasan perlu dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan bunga yang baru. Cantas secara serong pada bahagian atas dahan yang mempunyai 5 helaian daun mengikut aras yang kita mahukan.

Ros di laman saya






Thursday, November 13, 2014

Ros di laman (October-November 2014)

Post pertama, kita cuci-cuci mata dengan ros-ros yg ada di laman saya dulu.