disabled

Tuesday, March 3, 2015

Cara menanam ros di dalam pasu

Terdapat banyak jenis ros yang sesuai ditanam di dalam pasu seperti jenis-jenis miniature, floribunda, hybrid teas mahupun jenis climber. Ia sesuai untuk penanam yang mempunyai ruang yang terhad. Terdapat teknik yang perlu diketahui bagaimana menanam ros di dalam pasu.


Miniature roses saya yang di tanam di dalam pasu

1) Saiz dan jenis pasu

Pilih saiz pasu yang sesuai dengan saiz pokok. Kalau pokok yang kecil, pilihlah saiz pasu yang kecil, dan seterusnya. Pilih jenis pasu yang ringan untuk memudahkan mengangkat pasu (jika perlu). Warna dan jenis pasu juga memainkan peranan dalam mengekalkan kelembapan tanah. Warna pasu yang gelap akan menyerap haba dengan cepat dan seterunya cepat mengeringkan tanah, juga pasu jenis tanah liat (teracota). Pilihlah pasu mengikut kesesuaian lokasi ros kita. Pastikan juga terdapat lubang pada pasu untuk pengaliran air yg berlebihan ke bawah pasu. Tidak perlu letak alas pasu kerana air bertakung akan menyebabkan kanker pada akar ros.

2) Campuran medium

Terdapat banyak pilihan untuk campuran medium ros, ada juga yang dah lengkap dijual di pasaran. Campuran yang biasa saya guna adalah campuran sendiri tanah (6 in 1) (ada yang guna tanah Holand), tanah bakar merah, perlite, bone meal, osmocote, tinja ayam. Anggaran 1 bag tanah 6 in 1, tanah bakar 1/4 paket (tanah 6 in 1 yang saya guna dah banyak tanah bakar jadi saya letak suku je), perlite 2 genggam, bone meal 1 skop tanah yang kecil, osmocote segenggam, tinja ayam 1/2 paket kecil (maaflah saya tak pernah sukat tepat semua anggaran je secukup rasa heheh, ikut lah nak guna banyak mana).


Campurkan semua


Lepas itu gaulkan


3) Cara menanam

Ambil pasu yang sesuai tadi, masukkan campuran tanah tadi ke dalam pasu dalam anggaran 1/4 pasu. 
Ni saya bagi contoh masa saya nak re-pot pasu.


Kemudian masukkan pokok bersama tanah. (kalau nak tukar medium buangkan sedikit tanah, tinggalkan tanah pada akar sahaja, ada juga yang buang terus tapi saya tak mahir sebab pernah pokok mati bila saya buang kesemua tanah). Tambahkan lagi tanah campuran tadi sampai aras yang sesuai, jangan terlalu penuh sebab baja terkeluar pulak nanti masa menyiram. Macam ni


Ok, dah tanam, kemudian tambahkan habuk/potongan kayu (bark chips) pada permukaan tanah (teknik mulching), kalau ada daun-daun kering pun boleh letakkan. Teknik mulching ni optional, sesuai digunakan pada musim panas untuk mengekalkan kelembapan pada medium. Selepas itu boleh lah siramkan air pada tanah.

4) Penjagaan

Letakkan tanaman pada tempat yang mengenai cahaya matahari sekurang-kurangnya 5 jam sehari. Siram tanah pada waktu pagi atau waktu pagi dan petang pada cuaca panas. Semak tanah dengan memasukkan jari pada tanah sedalam anggaran 2.5 cm, jika tanah terasa kering, tanah perlu disiram dengan segera. Tambahkan baja yang sesuai dalam anggaran 2 minggu selepas di tanam.

Gantikan tanah dan pasu yang lebih besar selepas 2 tahun. Ros yang ditanam di dalam pasu lebih cepat menyerap nutrein tanah berbanding yang di tanam di dalam tanah terus.

Tambahkan epsom salt pada medium setiap 2 bulan (atau sebulan sekali tapi dalam kuantiti sedikit mengikut saiz pokok) untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru dan juga daun.

7 comments:

  1. sama lah.. saya juga buh batu pada dasar pasu. tapi saya hanya ada beberapa jenis bunga ros sahaja. ros kampung dan hanya satu sahaja ros yg bernama "Guadalupe"
    anyway, saya suka baca di sini utk kongsi ilmu tentang trrips

    ReplyDelete
  2. Hi!! Cantik betul ros! Terima kasih berkongsi tentang campuran tanah.Nak tanya, puan beli osmocote dan bone meal dari mana? Online ke? Sebab saya cuba cari tapi xjumpa. Harap dapat membantu. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. osmocote ada terjual di pasaran mcm ace hardware, atau ada individe yg menjual, sama mcm bone meal. cuba cari group2 rose, pokok2 hiasan di FB, byk info disitu

      Delete
  3. Norin, kalau takde bone meal, boleh tak di ganti dengan apa-apa yang lain? Bone meal ni drpd ape ye? Tq Norin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde bone meal pun tak apa, optional tu, letak baja tinja ayam pun dah cukup

      Delete
  4. Assalamualaikum norin..
    Saya pernah ada 100 pokok rose, akhirnya mati semua sebab hama trip.Lepas tu saya beli lagi dlm 40 pokok perkara sama berlaku. Akhirnya sekarang tinggal 6 pokok yang tak berapa sihat, daunnya hilang, tapi kerap juga berbunga sebab saya letak baja udang utk rose dan baja kopi dan air kulit bawang. Namun kawasan rumah saya tu tak serasi sebab banyak serangga rasanya. Kalau boleh saya nak kongsi gambar dan nak sangat tips untuk bagi pokok ros saya gemok.. bab bunga soal kedua. Pokok ros saya semua hanya tinggal batang dan bunga saja.. bunga pun kecil. Harap sangat kalau norin dapat wasap saya 0122300816. Thans

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, bela pokok ros asas kene tau, medium kene sesuai, lokasi, baja, cahaya, air, racun juga. kalau semua tekniknya betul insyaAllah pokok ros boleh hidup subur. boleh baca post sy mengenai asas penjagaan pokok bunga ros ye

      Delete