disabled

Tuesday, June 16, 2015

Cara saya pulihkan ros yang "stress"

Pokok ros yang dibeli dari penjual tak selalunya sihat dan cantik, yang sihat dan cantik tu belum tentu akan kekal cantik di tangan kita. Kebanyakan ros yang saya beli di laman bermula dengan pokok yang kecil dan "stress" kerana berada berhari-hari di dalam lori sebelum sampai ke tempat penjual dan kemudian dibeli dan dibawa balik ke rumah, atau pun beli secara pos. Jangan risau, ros tidak akan mati, hanya perlu pulihkan ia dengan cara yang betul. Ini pokok ros yang saya beli melalu pos tetapi lambat sampai hingga hampir 13 hari.


Nampak macam tak ada harapan kan? Saya tawakkal je masa tu, batang pokok masih hijau bermakna pokok ada harapan pulih. Saya cerita pokok yang sebelah kanan tu, yang sebelah kiri tu hidup jugak tapi saya dah jual.

Jadi apa yang saya buat, sampai je di rumah, saya terus buat campuran tanah (tak perlu baja), kemudian tanam. Kemudian siram dengan air yang banyak (deep watering). Potong dahan yang dah berwarna coklat, sembur kawalan perosak dan letakkan pokok di tempat redup.

Hari kedua dan seterusnya, siram seperti biasa (saya siram ros saya 2 kali sehari). Pindahkan ke tempat yang dapat sedikit cahaya anggaran 8 pagi - 12 tengah hari.

Hari keempat, saya letakkan pokok pada tempat yang dapat cahaya matahari dari pagi hingga ke petang. Saya semburkan baja cecair foliar selang 2 hari diselang-selikan dengan rose care.

Selepas seminggu baru lah saya letakkan baja untuk daun (tinggi Nitrogen) organik. Seterusnya penjagaan ros seperti biasa. Alhamdulillah pokok pulih dan berbunga cantik.


Selepas sebulan, dah mula berbunga. Alhamdulillah


Selepas lebih 3 bulan



Ini lah pokok William Shakespeare 2000 kesayangan saya yang masih hidup hingga sekarang. Syukur alhamdulillah. Apa pun kita hanya berusaha, Allah yang tentukan.

Friday, June 12, 2015

Jenis-jenis ros

Terdapat pelbagai jenis ros untuk dipilih sebagai penghias laman. Saya kongsikan serba sedikit jenis-jenis ros yang menjadi pilihan saya di laman.

Hybrid Tea

Jenis ros yang berbunga sekuntum setangkai, mempunyai tangkai yang tinggi dan menegak. Kebiasannya ros jenis hybrid tea dijadikan cut rose dan dijual di florist. Ros jenis ini biasanya tahan lama dan kurang kuat baunya.

Cabaret

La Perla

Floribunda

Jenis ros yang sesuai ditanam di dalam pasu, berbunga dalam clusters dan berdahan lebat (bushy). Mempunyai tinggi yang sederhana dan lebih tahan penyakit. 

Our lady of guadalupe

Janice Kellog

Grandiflora

Jenis pokok yang tinggi, memiliki ciri-ciri bunga yang besar dan menegak seperti hybrid tea tetapi berbunga lebat (cluster) dan tahan penyakit seperti floribunda.

Purple passion

Nicole carol miller

Climber

Memiliki ciri-ciri memanjat, dahan yang perlu disokong, pokok yang boleh membesar (hingga 20 kaki). Berbunga lebih banyak jika dahan dibentukkan secara melintang (pegging).

Huntington

Royal Sunset

Leander

Ros climber saya yang saya train pada arch


Ground Cover

Jenis ros yang biasa digunakan dalam landscape, jenis renek dan mudah dijaga.

Pink drift

Polyantha

Jenis ros yang renek tetapi menghasilkan bunga yang sangat banyak dan mudah dijaga.


China Doll

The Fairy

English rose David Austin

David Austin, "breeder" ros Inggeris, memiliki jenis ros moden terbanyak dengan ciri-ciri bunga yang cantik dan wangi dengan pelbagai kelebihan. Saya sangat suka dengan English rose, hampir 60% ros di laman saya adalah jenis english rose. Saya sangat sukakan bau dan susunan kelopaknya yang cantik.

Abraham Darby

Jubilee Celebration

Juliet

Evelyn

Spirit of Freedom

William shakespeare 2000

Claire Austin

Miniature

Jenis ros mini dan renek

Mini Eden